Soalan Lazim/ FAQ

S1. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan rawatan di Hospital USM?
J1.  Untuk mendapatkan rawatan di Hospital USM, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar di Kaunter Pendaftaran Setempat, Unit Rekod Perubatan HUSM.

S2. Adakah Hospital USM menawarkan perkhidmatan persakit luar?
J2. Ya. Hospital USM menawarkan perkhidmatan pesakit luar yang dikenali dengan Klinik Rawatan Keluarga.

S3. Perkhidmatan apakah yang ada di Hospital USM?
J3. Secara keseluruhannya Hospital USM menawarkan semua kepakaran perubatan.

S4. Apakah Hospital USM mempuyai wad mengikut kelas?
J4. Pada umumnya Hospital USM mengamalkan sistem wad terbuka.

S5. Adakah pihak Hospital USM bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
J5. Tidak. Pihak Hospital USM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.

S6. Bilakah masa melawat bagi Hospital USM?
J6. Masa melawat Hospital USM adalah seperti berikut:
Ahad hingga Khamis               : 1.00 PM - 2.00 PM dan 5.00 PM - 7.00 PM
Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum : 11.00 AM - 2.00 PM dan 5.00 PM - 7.00 PM

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud