Perkhidmatan Unit Pemakanan dan Dietetik

Perkhidmatan Penyediaan dan Sajian Makanan

Perkhidmatan Penyediaan dan Sajian Makanan pesakit terbahagi kepada:

  1. Pengurusan Penyediaan Makanan dan Perolehan

    Pengurusan dikendalikan sendiri oleh staf Unit Pemakanan dan Dietetik meliputi tugasan perolehan, penerimaan bekalan, penyimpanan, memasak, menu dan resepi piawai. Setiap proses dipantau oleh Penolong Pegawai

    Penyediaan Makanan dan Pegawai Dietetik.

    Waktu Sajian Makanan adalah seperti berikut:

    Sarapan pagi         :      7.30 pagi
    Makan Tengahari    :     11.00 pagi
    Minum Petang        :       2.30 petang
    Makan Malam        :      5.00 petang

  2. Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit

    Sajian makanan pesakit dikendalikan sendiri oleh staf Unit Pemakanan dan Dietetik mengikut Sistem Sajian Berpusat. Tukang masak bertanggungjawab dalam menyediakan makanan kepada pesakit  mengikut resepi piawai yang telah ditetapkan manakala Pembantu Am Pejabat (Sajian) bertanggungjawab untuk mengedarkan makanan tersebut kepada pesakit di wad-wad pada setiap waktu sajian. Setiap proses penyediaan dan penyajian makanan akan dipantau oleh Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan pegawai Dietetik.

Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Perkhidmatan Dietetik Klinikal terbahagi kepada:

  1. Perkhidmatan Dietetik Pesakit Dalam Wad

    Perkhidmatan dietetik pesakit dalam wad dikendalikan oleh setiap pegawai dietetik di mana mereka bertanggungjawab untuk membuat pengesahan diet pesakit, memberi kaunseling pemakanan dan membuat regim untuk pemakanan melalui tiub atau oral.

  2. Perkhidmatan Klinik Diet Pesakit Luar

    Perkhidmatan dietetik pesakit luar dijalankan di Klinik Dietetik Pesakit Luar dan Klinik Paediatrik. Ia melibatkan pemberian kaunseling pemakanan serta pendidikan kepada pesakit, kaunseling berkelompok dan juga ceramah pemakanan sihat secara berkumpulan kepada ibu-ibu mengandung di Klinik Obstetrik dan Ginekologi. Terdapat kes-kes baru dan temujanji susulan diberikan mengikut keperluan. Kaunseling kumpulan juga turut diberikan kepada pesakit mengikut keperluan.

  3. Perkhidmatan Enteral Kepada Pesakit

    Perkhidmatan enteral bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelarasan perkhidmatan produk/ formula enteral termasuk perolehan, simpanan, inventori dan meluluskan pemberian produk/ formula kepada wad-wad yang membuat permintaan mengikut keperluan.

  4. Pendidikan dan Pembelajaran

    Setiap staf juga tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran berterusan dengan menghadiri seminar, bengkel, konferens, latihan yang berbentuk profesional & pengurusan. Unit juga terlibat dalam program pendidikan seperti latihan klinikal pelajar IPTA dalam program ’in-patient attachment’ dan ’Specialised Unit attachment’ serta program latihan industri bagi penempatan pelajar IPTA dalam jurusan Sains dan Teknologi Makanan dan Pengurusan Perkhidmatan Makanan.

  5. Perkhidmatan Komuniti

    Pegawai Dietetik Unit Pemakanan dan Dietetik juga aktif sebagai penceramah, pemudahcara dan perunding dalam pelbagai program pemakanan dan kesihatan.

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud