Unit Pemakanan Dan Dietetik

Pengenalan

Unit Pemakanan dan Dietetik mula ditubuhkan pada 1983 sebagai penyokong penubuhan awal HUSM dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Unit ini mengendalikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Penyediaan dan Sajian Makanan Pesakit.

Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah (U52), seorang Ketua Penolong Pengarah (U48 KUP), 2 orang Penolong Pengarah Kanan (U44), 5 orang Penolong Pengarah (U41), seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Kanan (C32), 3 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (C32 KUP), 3 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (C27), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan – N17), Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi N17), 27 orang Tukang Masak (N17), seorang atandant kesihatan (U12), seorang Pekerja Awam (R4 KUP),49 orang Pembantu Am Pejabat (Sajian - N1) dan 2 orang Pembantu Am Pejabat (N1)

* Penolong Pegarah = Pegawai Dietetik

Peranan Unit Pemakanan dan Dietetik

Terdiri dari dua entiti perkhidmatan utama:

  1. Perkhidmatan klinikal dietetik (perkhidmatan Pesakit Dalam dan Pesakit Luar)
  2. Perkhidmatan makanan (menyedia dan membekalkan diet pesakit)

Misi

UPD beriltizam untuk mencapai kecemerlangan serta terkenal dalam perkhidmatan dan pendidikan menerusi bidang dietetik serta menjadikan terapi pemakanan medikal sebagai teras utama perkhidmatan.

Visi

UPD beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan sebagai pembekal perkhidmatan pemakanan dan dietetik (Terapi Pemakanan Medikal)

Objektif Umum Unit Pemakanan dan Dietetik:-

  1. Memberi khidmat penjagaan pemakanan dan dietetik yang optimum kepada pesakit di HUSM.
  2. Menyediakan makanan berkualiti dan berzat supaya dapat memenuhi keperluan pemakanan biasa dan pemakanan khas tiap-tiap pesakit dalam hospital bersesuaian dengan jenis-jenis penyakit.
  3. Menyajikan pemakanan kepada pesakit dalam Hospital USM secara sistem Sajian Berpusat berasaskan pesanan diet/ mengikut menu yang ditawarkan.

KPI Utama / Objektif Kualiti / Piagam Pelanggan

  1. 100% rujukan pesakit dalam akan diambil tindakan intervensi dalam tempoh 1 hari bekerja (24jam) selepas rujukan diterima.
  2. 100% pesakit luar yang mempunyai temujanji diambil tindakan intervensi dalam tempoh 1 jam selepas pesakit berdaftar di klinik diatetik.
  3. 100% pesakit dalam yang telah dipesan diet mendapat dalam waktu sajian hospital setiap hari.

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud