Blog

USM SERAH MOBILE REPEATER KEPADA BBNGO SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR

ERS2

USM KUBANG KERIAN,  4 November 2018 - Sistem Radio Kecemasan (ERS) yang telah dilancarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2016 adalah satu inisiatif bagi memastikan sistem komunikasi ketika bencana alam terutama banjir tidak terjejas.

ERS akan membantu memudahkan pengu­rusan mobiliti pesakit terutama ketika jaringan komunikasi sedia ada terputus melalui 'Mobile Repeater'.

ERS5

Menurut Ketua Projek ERS, Dr Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah, 'mobile repeater' ini boleh berfungsi menggunakan bateri kereta dan mampu bertahan selama seminggu dan ia akan digunakan sebagai alat komunikasi antara Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membantu agensi pengurusan bencana untuk mengeluarkan pesakit yang terperangkap dalam bencana yang melanda.

"Sebanyak tiga pemancar telah dipasang bagi mendapatkan frekuensi iaitu di Bangunan Hospital USM, Hospital Kuala Krai dan Hospital Gua Musang.

ERS1

“Sistem ini akan mempunyai jaringan liputan di seluruh jajahan di negeri Kelantan dan sekali gus dapat membantu menguruskan pesakit ketika bencana banjir berlaku," ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan sempat meninjau kesiapsiagaan NGO menghadapi musibah banjir dan mendengar taklimat berhubung pengurusan banjir oleh Pengerusi Biro Bantuan Bencana NGO (BBNGO), Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek di Padang Kawad Kampus Kesihatan USM di sini.

ERS3

Beliau turut menyaksikan penyerahan tiga buah 'mobile repeater' oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Asma Ismail kepada Pengerusi BBNGO, Pengerusi Pertubuhan Bantuan Bencana dan Kebajikan Kemahang, Rasyiman Aziman Abdul Rahim dan Presiden 'Four Wheel and Dirt Bike', Zulkiflie Said.

ERS4

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Dato' Mokhtar Mohd Abd Rahman, Wakil Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Dr Tengku Mohd Faziharudean Tengku Fiessal dan Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Hasuniddin Hassan.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud