Blog

600 HADIRI KEMPEN KESEDARAN KANSER PAYUDARA

USM KUBANG KERIAN, 30 Oktober 2018 – Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Breast Cancer Awareness and Research Team (Bestari), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM mendapat sambutan yang menggalakkan. Program yang mendapat kerjasama dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dihadiri oleh 600 peserta daripada pelbagai agensi awam dan swasta serta usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang bernaung di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kelantan.

Menurut Penyelaras Bestari Hospital USM, Dr Juhara Haron, kempen sehari itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahaya kanser payu dara kepada semua golongan terutama wanita.

"Bestari memberi tumpuan dan tunjuk ajar yang lebih kepada peserta wanita yang mendaftar sebagai peserta AIM iaitu bagaimana untuk membuat pemeriksaan payudara sendiri bagi meningkatkan kesedaran bahawa kanser payudara tidak mengenal usia samada tua ataupun muda.

“Justeru itu, rawatan dan pencegahan awal melalui pemeriksaan sendiri adalah penting dan perlu diingatkan kepada golongan lelaki bahawa mereka juga berisiko mendapat kanser payudara walaupun bilangannya sedikit berbanding golongan wanita”, katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.

Tambah Juhara, kempen ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh Bestari bagi tahun 2018.

"Antara pengisian program ini adalah Forum Kesedaran Kanser Payudara oleh tiga pakar bedah payudara iaitu Dr Hasanah Che Ismail, Dr Wan Zainira Wan Zain dan Dr Hafidzah Mustakim, selain bengkel Pemakanan Sihat dan taklimat keusahawanan.

"Turut diadakan saringan kesihatan percuma seperti pemeriksaan BMI dan tekanan darah, pendaftaran subsidi mamogram oleh LPPKN, pemeriksaan percuma klinikal payudara dan pameran kanser payudara," jelasnya lagi.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim dan turut dihadiri oleh Pengarah JPW Negeri Kelantan, Azlina Embran serta Pemangku Pengarah LPPKN Negeri Kelantan Lim Lee Peng.

Teks / Foto : Mohamad Iqmal Mathlan

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud