Blog

HOSPITAL USM URUS SISA BIOLOGI SECARA PATUH SYARIAH

KUBANG KERIAN, 18 Oktober 2018 - "Kaedah pelupusan patuh syariah ini tercetus apabila ada waris memohon untuk membawa keluar sisa biologi bagi penanaman sendiri kerana kaedah yang digunakan oleh hospital sebelum ini adalah melalui proses pembakaran", demikian kata Ketua Jabatan Patologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sharifah Emilia Tuan Sharif.

Walau bagaimanapun, polisi tidak membenarkan waris membawa keluar sisa biologi terutama yang mengandungi formalin kerana sisa biologi ini merupakan 'bio hazard' kepada pengendali yang tidak terlatih yang boleh memudaratkan mereka serta alam sekitar.

SISA BIOLOGI1

"Disebabkan itulah USM mengambil inisiatif untuk menyediakan prosedur pengurusan sisa biologi patuh syariah dan  memilih tanah perkuburan Demit kerana ianya agak jauh dari kawasan penduduk dan untuk slot pertama ini sisa biologi seberat 150 kilogram ditanam melibatkan makmal Patologi, Patologi Oral, Bank Tisu dan Neurosains".

SISA BIOLOGI2

"Sebelum proses ini dilaksanakan, kita telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan apa yang lebih penting kita turut mendapat kawasan seluas 1272 kaki persegi di tanah perkuburan demit yang diwaqafkan dengan persetujuan Jawatankuasa Kubur Mukim Demit untuk dijadikan kawasan khas penanaman sisa biologi melibatkan semua jabatan dan makmal yang ada di Kampus Kesihatan", ujar beliau yang ditemui semasa proses penanaman baru-baru ini.

Tambah Sharifah Emilia, proses penanaman sisa biologi ini akan dilakukan secara berkala empat bulan sekali dan dengan cara penanaman sebegini, ianya dapat mengurangkan kos pemprosesan yang tinggi sebelum ini.

SISA BIOLOGI3

"Selain JAS dan JHEAIK, kita juga mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang membuat penyelidikan sama ada berlaku pencemaran atau tidak menerusi sampel air, tanah, dan tumbuhan serta hidupan yang ada di persekitaran tanah perkuburan ini sebelum dan selepas penanaman dibuat", ujar beliau lagi.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: UKAST

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud