Blog

MAJLIS APRESIASI RAI PELAJAR CEMERLANG SDH

KUBANG KERIAN, 14 Oktober 2018 - Bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Sekolah Dalam Hospital (SDH), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan Majlis Apresiasi bagi meraikan pelajar dan bekas pelajar yang pernah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di SDH.

Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang penubuhan SDH Hospital USM sejak September 2012.

sdh

Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, majlis ini adalah bertepatan bagi meraikan pelajar yang sanggup menempuh cabaran menimba ilmu walaupun dalam keadaan yang tidak sihat.
"Anggaplah kesakitan yang dialami sebagai satu cabaran mendapatkan kejayaan yang lebih baik dan bukannya satu kekangan untuk terus mengalah kerana melalui cabaran sebegini akan memunculkan satu kejayaan yang penuh makna.

"Ini penting untuk menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah selain mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak bagi melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi," katanya semasa merasmikan majlis tersebut, di sini.

Tambah Ahmad Sukari, kewujudan SDH adalah untuk membantu para pesakit pediatrik terutama mereka yang akan menghadapi peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Hospital USM dan SDH ibarat aur dengan tebing saling memerlukan, terutama dalam menyediakan kemudahan kepada pelajar terutama semasa musim peperiksaan bagi memastikan kebajikan pelajar terbela.

sdh1

"Penerima anugerah pada hari ini adalah mereka yang belajar dan mengambil peperiksaan di Hospital serta mendapat keputusan yang cemerlang," ujarnya lagi.

Sukari turut berharap agar semua pelajar yang menjalani rawatan di Hospital USM dapat mengunakan peluang dan kemudahan yang disediakan sebaik untuk memperkasakan diri dengan kemahiran bersosial dan menimba ilmu.

Seramai 16 orang pelajar dari pelbagai sekolah terpilih untuk menerima anugerah dalam Majlis Apresiasi SDH, Hospital USM pada tahun ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Nor Azran Mohd Nor, Timbalan Dekan Pelajar dan Jaringan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek serta Timbalan-timbalan Pengarah Hospital USM.

Teks: Mohd Hafiz Ya'acob / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud