Blog

RUMAH RONALD MCDONALDS MULA DIBINA

Rumah Ronald McDonald1

USM KUBANG KERIAN, 1 Oktober 2018 – Seramai 100 staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan McDonalds Malaysia hadir dalam majlis solat hajat, bacaan yassin dan tahlil sempena permulaan kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonalds Hospital USM.

Rumah Ronald McDonald ini dibina bertujuan untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak (pediatrik) dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan anak mereka yang sedang menjalani rawatan perubatan di Hospital USM.

Rumah Ronald McDonald2

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim dalam ucapannya berkata, projek pembinaan Rumah Ronald Mcdonald ini akan memberi manfaat yang besar kepada keluarga pesakit kanak-kanak kerana dapat meringankan beban kos penginapan dan membolehkan mereka untuk sentiasa berada dekat dengan anak-anak yang sedang menjalani rawatan.

“Saya berharap pembinaan Rumah Ronald Mcdonald ini berjalan lancar serta dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan dan pihak pengurusan Kampus Kesihatan khususnya dan USM amnya sentiasa komited dalam memastikan kelancaran ketika projek pembinaan ini berlangsung," ujarnya.

Rumah Ronald McDonald3

Pada Julai lalu, USM telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) untuk pembinaan sebuah Rumah Ronald McDonald di dalam kawasan Kampus Kesihatan USM. 

Kampus Kesihatan USM menyediakan satu ekar (0.4 hektar) tanah sebagai tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald manakala RMHC pula akan membina rumah termasuk menyediakan kelengkapan dan perkakasan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden RMHC merangkap Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, Pengurus Besar RMHC, Mohd Nasri Mohd Nordin, Timbalan Pengarah Insfrastruktur dan Aset Hospital USM, Profesor Dr Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan dan unit serta pegawai-pegawai McDonald’s Malaysia.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud