Blog

PERUBATAN INTEGRATIF: RAWATAN KUNO YANG DIMODENKAN

USM, KUBANG KERIAN, 19 Julai 2018 - Perubatan Integratif adalah perubatan tradisional seperti bekam urut, akupunktur, herba, homeopati dan lain-lain yang diintegrasikan dalam perubatan moden dan telah lama wujud serta digunapakai sejak beribu tahun lalu.

5bb8cc77 d881 4063 b676 ef8d9384107f

Pengajar Klinikal Unit Perubatan Integratif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Mazni Yusoff berkata, perubatan integratif mempunyai nilai tambah yang baik dalam proses penyembuhan bagi sesetengah masalah kesihatan seperti penyakit kronik.

“USM merupakan universiti pertama yang menawarkan Program Traditional Complementary Medicine (TCM) yang disediakan kepada pelajar perubatan serta mempunyai ramai pengamal yang terdiri dari staf USM sendiri.

“Unit Perubatan Integratif di Kampus Kesihatan telah ditubuhkan pada 15 Julai 2017 dan disebabkan USM merupakan sebuah universiti penyelidikan, maka aktiviti permulaan sememangnya tertumpu kepada pencarian bukti asas (evidence base) seperti herba, bekam dan akupunktur”, jelasnya ketika menjadi tetamu dalam sebuah program radio tempatan, di sini.

Tambah Mazni, peranan utama USM dalam perubatan integratif melibatkan program akademik, penyelidikan dan konsultasi amalan-amalan perubatan integratif.

“Perubatan integratif mempunyai kebaikannya kerana tidak mempunyai sebarang komplikasi selepas menjalani rawatan malah kos rawatannya adalah lebih murah dan berpatutan serta selamat untuk dijalani.

"Sehingga Jun 2014, terdapat 15 Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) yang di tempatkan di hospital-hospital terpilih seluruh negara. Perkhidmatan PTK yang ditawarkan adalah urut melayu, akupunktur, amalan melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin (Malay Postnatal Care) dan herba sebagai rawatan sampingan bagi pesakit barah atau kanser dan Shirodhara", ujarnya lagi.

Mazni berkata, perkhidmatan integratif boleh didapati di mana-mana hospital yang berdaftar bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) contohnya Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Teks: Balqis Amalin Mazalan (Pelajar Praktikal UniMAP) / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud