Blog

PERKHIDMATAN KECEMASAN NADI UTAMA MUSIM PERAYAAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 7 Jun 2018 – Jabatan Kecemasan merupakan antara jabatan terpenting di dalam sesebuah hospital dan merupakan pintu utama kemasukan pesakit ke dalam wad.

Dr Mohd Hashairi Fauzi

Pensyarah Kanan dan Pakar Perubatan Kecemasan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Hashairi Fauzi berkata, perkhidmatan Kecemasan  berfungsi 24 jam sehari dan mempunyai proses saringan pesakit mengikut keutamaan.

“Pada musim perayaan, jabatan ini mengalami kesesakan yang berganda memandangkan kebanyakan klinik kerajaan dan swasta tidak beroperasi.

“Amat penting bagi orang awam mengetahui fungsi jabatan ini dan memahami tanggungjawab masing-masing sekiranya ingin mendapatkan rawatan semasa musim perayaan nanti,” ujarnya semasa menjadi tetamu dalam rancangan Doktor Di Radio, baru-baru ini.

Menurut Mohd Hashairi, fungsi utama kecemasan ialah memberi rawatan kecemasan di hospital selain menyediakan perkhidmatan ‘Pra-hospital’ iaitu merawat pesakit di luar hospital menggunakan perkhidmatan ambulans jika menerima kes kecemasan atau kemalangan jalan raya.

“Selain itu, ‘Call Centre’ juga memainkan peranan penting semasa musim perayaan kerana jika ada sebarang kes kecemasan, orang awam terus menghubungi talian 999 yang berpusat di Kuala Lumpur.

“Namun, bagi kes yang berlaku di Kelantan, pesakit terus dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan sekiranya berlaku di kawasan sekitar Bachok, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan sewaktu dengannya akan terus di rujuk ke Hospital USM,” jelasnya lagi.

Tambah Mohd Hashairi, Jabatan Kecemasan sentiasa membuat persiapan menghadapi musim perayaan antaranya penambahan kakitangan untuk setiap zon merah, kuning dan hijau kerana hampir 70 peratus pesakit yang datang semasa musim perayaan adalah pesakit zon hijau.

“Persiapan dan penambahan kakitangan ini adalah untuk mengelakkan pesakit daripada terpaksa menunggu lama, berubah tingkahlaku dan hilang sabar sewaktu menunggu untu mendapatkan rawatan,” katanya.

Teks: Sumaiyah Mohamed Nazari (Pelajar Praktikal UiTM) / Suntingan: NIK Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud