Blog

PROGRAM DERMA DARAH HOSPITAL USM BERSAMA (MAKSAK) MENDAPAT SAMBUTAN

KOTA BHARU, 26 FEBRUARI 2018 - Unit Perubatan Transfusi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima jemputan untuk mengadakan program menderma darah anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota – Anggota Kerajaan (MAKSAK) Kelantan baru-baru ini.

derma

Program ini mendapat sambutan  mengalakkan daripada kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengambil kesempatan untuk menderma darah di samping melakukan pemeriksaan kesihatan percuma.

Menurut Sharifah Iryanti Che Hassan, 38, yang bertugas di Jabatan Audit Negara, Unit Audit Pembendaharaan Negeri Kelantan, program sebegini amat baik sekali kerana ianya diadakan di tempat bertugas dan dapat menjimatkan masa serta wang.

derma1

“Program sebegini memudahkan kami untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengetahui status kesihatan diri kerana sebelum ini saya hanya pergi ke klinik atau hospital apabila sakit sahaja.

“Selain itu, saya juga dapat menderma darah bagi membantu mereka yang lebih memerlukan,” ujarnya.

Sementara itu, Nor Shafizan Awang, 35, pula menyifatkan pengalaman menderma darah kali pertama menimbulkan rasa berani dalam dirinya sehingga ingin terus menderma lagi.

derma2

“Kali pertama menderma darah saya berasa sedikit takut terutamanya semasa jarum hendak disuntik, tetapi sakitnya tidaklah seteruk yang saya sangkakan, cuma terasa seperti digigit semut sahaja,” katanya yang merupakan kakitangan Pejabat Penasihat Undang – Undang, Jabatan Peguam Negara.

Teks: Abdul Aziz Latif / Foto: Wan Nur Fashehah Wan Abdul Rahman (Pelajar Praktikal USM)

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud