Blog

PESAKIT DIABETIS DI MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT

diebetis

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 November 2017 - Penyakit diabetes terus meningkat di Malaysia dan dianggarkan kira-kira 3.6 juta (17.5%) rakyat Malaysia dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes. Separuh dari jumlah ini masih belum didiagnos kerana diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) dan individu-individu ini tidak pernah menjalani saringan kesihatan.

Justeru itu, bagi meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Diabetis Kelantan telah menganjurkan Sambutan Hari Diabetes Sedunia bertempat di pusat beli belah Tesco Lembah Sireh.

diebetis4

Sambutan hari Diabetis yang disambut pada 14 November 2017, dengan tema “Wanita dan Diabetes: Kesihatan Kita, Milik Kita, Hak Kita” atau “Woman and Diabetes, Our Right to A Healthy Future” bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyakit diabetes di kalangan masyarakat, terutamanya di kalangan wanita.

Menurut Pakar Endokrin/Diabetis Hospital USM merangkap Presiden Persatuan Diabetis Negeri Kelantan, Profesor Madya Dr Wan Mohd Izani Wan Mohamed menyarankan kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil langkah-langkah berikut bagi mengurangkan risiko penyakit diabetis seperti makan secara sihat mengikut diet  Pinggan Sihat Malaysia iaitu suku-suku separuh, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula serra tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

diebetis2

"Yang paling penting, pastikan anda menjalani saringan kesihatan secara berkala dengan memeriksa "body mass index" (BMI), tekanan darah, paras gula dalam darah dan juga kolesterol dalam keadaan normal", jelasnya.

Tambah Izani, melalui saringan yang tetap dan berkala, penyakit diabetes boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan optima boleh disampaikan oleh anggota kesihatan.

"Ini akan mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes dan membolehkan pesakit diabetes menjalani kehidupan yang normal.

diebetis5

"Semoga dengan peningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap penyakit diabetes, risiko penyakit dan kepentingan saringan kesihatan diharap dapat mengubah tingkahlaku rakyat Malaysia dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit diabetes seterusnya mengurangkan risiko kematian pra-matang akibat dari komplikasi diabetes", ujarnya lagi.

Sambutan Diabetis pada kali ini telah dirasmikan oleh Penaung Persatuan Diabetis Kelantan iaitu Dato' Hajjah Tengku Salwani Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr. Nik Min Ahmad.

diebetis3

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Muhammad Amin Syafiq Sakri

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud