Blog

CAKNA UBAT ANDA

caknaubat

USM, KUBANG KERIAN, 22 Oktober 2017 – Majoriti pesakit yang datang menerima rawatan di hospital akan dibekalkan ubat-ubatan. Penerangan tentang penyakit, rawatan serta ubatan akan dijelaskan kepada pesakit oleh profesional kesihatan terutamanya doktor dan pegawai farmasi. 

Pegawai Farmasi, Jabatan Farmasi Hospital USM,  Jasmani @ Rosmawati Mohamad berkata, Skuad Prihatin Ubat Masyarakat, Jabatan Farmasi Hospital USM menganjurkan Minggu Kesedaran Penggunaan Ubat-ubatan di ruang legar berhadapan Farmasi Pesakit Luar bertujuan untuk memberikan kefahaman, maklumat dan kesedaran tentang penggunaan ubat secara selamat dan rasional.

caknaubat2

“Selain itu, ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada sesetengah masyarakat yang mengambil mudah dan memandang enteng tentang pengurusan ubat-ubatan untuk diri sendiri mahupun dalam kalangan ahli keluarga mereka.
“Akibatnya, ubat yang digunakan mungkin berlebihan, berkurangan atau disalahgunakan dan tidak memberi kesan seperti yang diharapkan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Jasmani, ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu simptom atau penyakit. Pengambilan ubat yang tidak mengikut arahan bukan sahaja menjejaskan keberkesanannya malahan boleh membawa kesan sampingan yang buruk kepada pesakit.

 “Antara amalan yang berkaitan dengan isu keselamatan pengubatan adalah cara dan masa pengambilan ubat, membaca dan memahami arahan pada label, menggunakan alat sukatan dos, pengambilan dos berlebihan, berkongsi ubat, dos ubat dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas, pengambilan ubat dalam kalangan ibu mengandung atau menyusukan anak, pesakit yang mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan dan cara penyimpanan ubat,” tambahnya lagi. 

caknaubat3

Jelas Jasmani, penyimpanan ubat juga merupakan isu yang perlu diambil berat. Penyimpanan ubat yang baik akan mengelakkan penggunaan secara tidak bertanggungjawab, memudahkan pencarian ubat dan memudahkan pesakit untuk mengambil ubat pada masa yang ditetapkan.

“Ubat-ubatan sepatutnya disimpan di dalam bekas tertutup, diasingkan daripada bahan makanan dan di tempat yang tinggi bagi mengelakkan kanak-kanak mengambil ubat tersebut secara tidak sengaja,” ujar beliau. 

Teks : Wan Salizawati Wan Ismail / Foto : Ihsan daripada Jabatan Farmasi, Hospital USM

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud