Blog

PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI GINEKOLOGI TIDAK BERISIKO

KOTA BHARU, KELANTAN, 19 Oktober 2017 – Pembedahan laparoskopi atau dikenali sebagai pembedahan secara minimal di mana luka yang dialami pesakit hanya sebesar 0.5 hingga 1.2 sentimeter dengan menggunakan alat pembedahan kecil yang dilihat menggunakan kamera ‘fiber optic’.

Pembedahan laparoskopi bermula pada tahun 1901 apabila ia dilakukan kepada seekor anjing dan pada 1910 pembedahan ini mula dilakukan ke atas manusia.

LAPAROSKOPI

Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Sakit Puan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Akram Omar, cara pembedahan sebegini mempunyai banyak kebaikan kerana pesakit hanya mendapat luka yang kecil, pendarahan yang sedikit dan rasa sakit yang minimum.

“Selain daripada itu, pesakit juga akan ditahan di wad untuk tempoh yang singkat dan akan cepat sembuh serta boleh melakukan aktiviti lain seperti biasa.

“Kebiasaannya pembedahan ini dilakukan untuk mengikat atau membuang salur peranakan, membuang ketumbuhan ovari, fibroid dan membuang rahim,” katanya ketika menjadi tetamu di rancangan Doktor Di Radio, hari ini.

Tambah Ahmad Akram, dengan perkembangan teknologi yang kian pesat dewasa ini, sistem kamera laparoskopi juga telah berkembang yang mana imej telah bertambah jelas dengan menggunakan kamera ‘high definition (HD)’ dari dua dimensi kepada tiga dimensi untuk memudahkan lagi pembedahan laparoskopi dilakukan.

“Pesakit tidak perlu takut untuk menjalani pembedahan ini dan sekiranya menpunyai masalah seperti datang haid yang banyak dan berpanjangan atau sukar untuk mengandung, orang ramai bolehlah membuat pemeriksaan di mana-mana klinik kesihatan yang berhampiran atau ke Klinik Obstetrik dan Ginekologi Hospital USM untuk mengetahui punca dan masalah serta menjalani rawatan selanjutnya,” ujarnya lagi.

Teks / Foto: Abdul Aziz Latif

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud