Blog

KESIHATAN MENTAL BOLEH PENGARUHI KESELAMATAN SEMASA BEKERJA

mental1

USM KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2017 – Kesihatan mental adalah kesihatan dan tiada kesihatan tanpa kesihatan mental.  Masyarakat sering melabel individu yang mengalami masalah kesihatan mental adalah mereka yang sakit mental atau dalam bahasa mudahnya gila.

Menurut Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asrenee Ab Razak, masyarakat harus perbetulkan persepsi dan salah faham tentang perbezaan antara kesihatan mental dan penyakit mental. 

“Setiap tahun Jabatan Psikiatri dengan kerjasama Persatuan Perubatan Psikologi Kelantan (Persikol), mengadakan sambutan Hari Kesihatan Mental peringkat Kampus Kesihatan untuk mempromosikan kesihatan mental kepada setiap lapisan masyarakat dalam usaha untuk menyedarkan mereka tentang kesihatan mental dan keperluan mendapatkan rawatan.

Menurut Asrenee, diskriminasi kesihatan mental perlu dihentikan di samping usaha menangani masalah kesihatan mental di tempat kerja harus dijadikan satu strategi keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja kerana cara mengendalikan tekanan dapat mengurangkan risiko kesalahan.

mental2

“Jika seorang pekerja mengalami tekanan, mereka mudah melakukan kesalahan dan perkara itu boleh menimbulkan kesan yang tidak baik contohnya, sebagai seorang perawat kesihatan, kesalahan yang berlaku akibat daripada tekanan yang dihadapi mungkin memudaratkan dan boleh mendatangkan kesan medikolegal,” tambah beliau.

Bertemakan ‘Kesihatan Mental di Tempat Kerja’ sambutan Hari Kesihatan Mental peringkat Kampus Kesihatan telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim.

Selari dengan tema sambutan pada tahun ini memfokuskan kepada warga USM bagi meningkatkan kesedaran agar tidak mengalami tekanan yang boleh menjurus kepada melakukan kesalahan semasa bekerja.

mental3

Seminar sehari turut diadakan dengan pembentangan dan perkongsian topik-topik menarik seperti 'Buli Dan Gangguan Di Tempat Kerja', 'Komunikasi Antara-profesyen Dalam Kerja Berpasukan' serta forum yang bertajuk Kesihatan Mental di Tempat Kerja: Cabaran dan Solusi.

Teks:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto:  Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud