Blog

10 ORANG PESAKIT KANAK-KANAK JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL USM

hlh2017

USM KUBANG KERIAN, 26 September 2017 - Seramai 10 orang pesakit kanak-kanak menjalani pembedahan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui projek 'Hole In The Heart' dengan kerjasama Persatuan Alumni Doktor USM (PADU) dan Yayasan 'Healing Little Hearts' (HLH).

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital USM, Dr Nik Min Ahmad, Projek 'Hole In The Hearts' ini mampu mengurangkan tempoh masa menunggu pesakit untuk menjalani pembedahan jantung yang dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN), selain dapat mengurangkan kos pembedahan yang mencecah 40,000 hingga 50,000 ribu ringgit bagi seorang pesakit kanak-kanak.

hlhdrnikmin

"Hospital USM amat berbesar hati menerima kunjungan pasukan perubatan  Yayasan HLH yang diketuai oleh Pakar Bedah Kardiotorasik Pediatrik, Dr Edward Peng dari Glasgow Scotland bersama tiga orang doktor, tiga orang jururawat dan seorang perfusionis yang bertungkus-lumus menyumbang tenaga dan masa demi membantu pesakit di sini.

"Jumlah pesakit yang menunggu menjalani pembedahan jantung meningkat dari masa ke semasa dan kedatangan pasukan ini sekurang-kurangnya dapat membantu pesakit yang memerlukan pembedahan segera selain membantu meringankan beban kewangan keluarga pesakit yang tidak berkemampuan dan usaha ini wajar diteruskan," katanya kepada pemberita dalam Majlis Penghargaan Projek 'Hole In The Heart', di Auditorium Perubatan Nuklear, di sini.

hlhdrrizal

Sementara itu,  Pakar Pediatrik yang juga Ketua Projek 'Hole In The Heart', Dr Mohd Rizal Mohd Zain pula berkata, sehingga kini empat program seumpama ini telah dijalankan dan usaha ini memberi manfaat kepada 40 orang pesakit jantung di Kelantan.

"Lawatan kali ke lima oleh HLH selama lima hari ke Hospital USM ini bakal membantu 10 orang pesakit jantung kanak-kanak seawal usia tujuh hari hingga 18 tahun bagi menjalani pembedahan," ujar beliau.

Tambah Rizal, orang ramai turut diseru untuk menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan dan Pendidikan PADU (PADUcare) USM melalui akaun Bank Islam 03018010143422 yang mana tabung ini bertujuan untuk mencari dana bagi membantu pesakit jantung berlubang dalam kalangan kanak-kanak.

Turut hadir dalam Majlis Penghargaan Projek 'Hole In The Heart' ini ialah Presiden PADU, Profesor Dato' Dr Jafri Malin Abdullah.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud