PERSEDIAAN AWAL TANGANI MERS-CoV

KUBANG KERIAN, 25 September 2016 – MERS-CoV (Middle East Respiratory Syndrome – Corona Virus) merupakan penyakit baharu masa kini yang digeruni kehadirannya terutama di saat kepulangan jemaah haji dari Mekah setelah selesai menunaikan ibadah haji.

Sebagaimana diketahui umum, negara Arab Saudi merupakan negara pertama dikesan terdapatnya MERS-CoV dan telah merebak ke beberapa negara lain seperti Korea Selatan, Qatar, Bahrin dan sebagainya.

Menyedari bahaya penyakit ini, Unit Sokongan Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) telah menganjurkan Seminar On The Preparedness for Handling of MERS – CoV Patient in Hospital USM dengan dihadiri seramai 100 peserta dari pelbagai jawatan dan jabatan seperti Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pegawai Keselamatan, Pegawai Perhubungan Awam dan sebagainya.

mercov2

Menurut Pensyarah Perubatan dan Pakar Penyakit Berjangkit Hospital USM, Dr. Alwi Mohd Besari, pesakit yang sudah dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda-tanda seperti demam selsema, bersin, batuk, sakit tekak, muntah, letih, sakit dada, sesak nafas dan sebagainya.

“Penyakit ini menurut faktanya berasal dari haiwan seperti unta dari timur tengah dan berjangkit kepada manusia yang menghampirinya,” katanya.

“Penyakit ini aktif setelah dijangkiti dalam tempoh dua hingga 14 hari, dan sekiranya jemaah haji atau pelancong ke negara berisiko tidak mengalami tanda – tanda tersebut dalam tempoh 14 hari, ini bermakna mereka tidak dijangkiti penyakit MERS-CoV,” katanya.

mercov1

Peserta diberi peringatan tentang langkah – langkah yang perlu dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan dalam menghadapi gejala ini dengan sebaik mungkin agar ianya tidak terus merebak.

mercov4

Turut dibentangkan informasi terkini tentang MERS-CoV demonstrasi pemakaian ‘Personal Protective Equipment’ (PPE) serta cara mencuci tangan dengan betul.

Yang Turut hadir menjayakan seminar ini dengan menyampaikan ceramah, Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga Dr. Nor Akma Mat Junoh @ Yunus. Pensyarah dan Pakar Perubatan Kecemasan, Dr. Normalinda Yaacob dan Pensyarah dan Pakar Microbiologi & Parasitologi dan penyelaras Unit Kawalan Jangkitan Epidemiologi (UKJEH), Profesor Madya Dr. Siti Suraya Md Noor.

Teks : Abdul Aziz Latif / Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud