HUSM SAMBUT 25 KELAHIRAN BAYI MERDEKA

ank3

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 September 2016 – Di saat seluruh Malaysia menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-59 dan melaungkan ‘Merdeka’ tepat jam 12 pagi, kakitangan di Bilik Bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bertarung untuk menyambut kelahiran bayi ‘Merdeka’.

Bermula jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam, kelahiran bayi ‘Merdeka’ bukan sahaja mengembirakan ibu bapa bayi malah kakitangan HUSM juga turut sama merasai kegembiraan tersebut.

25 pasangan bertuah menyambut 25 bayi ‘Merdeka’ mereka di HUSM yang terdiri daripada 13 bayi perempuan dan 12 bayi lelaki.

ank2

Antara pasangan pertama yang ditemubual di dalam wad 2 Topaz, Irlina Emiera Abd Aziz dan suaminya Mohd Ramdan Mohamad berkata, walaupun ini merupakan kelahiran kedua dalam keluarga mereka, namun tarikh keramat sempena hari kemerdekaan negara amat bermakna bagi mereka.

“Saya dikurniakan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram pada pukul 5.10 pagi secara normal dan ini melengkapkan lagi kerana anak pertama kami adalah lelaki.

“Semoga puteri baharu kami ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berjaya didunia dan diakhirat serta mampu mengharumkan nama negara seperti Tunku Abdul Rahman yang berjaya membawa kemerdekaan kepada negara kita,”kata Mohd Ramdan dengan nada gembira.

ank1

Turut berkongsi kegembiraan ini iaitu ibu kepada bayi ‘Merdeka’ Nuraimuni Fadhilah Awang yang telah melahirkan bayi sulung perempuan pada pukul 2.20 pagi seberat 3.15 kg.

“Saya bersyukur dan terlalu gembira kerana tidak menyangka akan melahirkan anak pada hari keramat ini memandangkan tarikh jangkaan kelahiran adalah pada 2 September ini,” katanya.

Teks : Shazleen Hashim / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud