• bebasrokk

  • daulat tuanku

  • kempen penjimatan

  • banner larangan membawa makanan

  • kempen bulan kebajikan

  • banner5s3

Berita

10 KANAK-KANAK DIBANTU BEDAH JANTUNG

10 KANAK-KANAK DIBANTU BEDAH JANTUNG

USM KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2017 - Bayi berusia tujuh hari antara 10 kanak-kanak yang telah berjaya menjalani pembedahan jantung kongenital oleh pakar bedah dari United Kingdom (UK) di Hospital...

LELAKI JUGA BERISIKO MENGHIDAP KANSER PAYUDARA

LELAKI JUGA BERISIKO MENGHIDAP KANSER PAYUDARA

KOTA BHARU, KELANTAN, 8 Oktober 2017 – “Kanser payudara ditemui kira-kira 100 kali lebih banyak menyerang kaum wanita berbanding lelaki, namun penyakit ini juga boleh menyerang golongan lelaki”, ujar Dr....

‘EAST COAST BASIC ULTRASOUND COURSE @ HOSPITAL USM 2017’ BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN

‘EAST COAST BASIC ULTRASOUND COURSE @ HOSPITAL USM 2017’ BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 September 2017 – Ultrasound umumnya dikenali sebagai ultrasonografi atau sonografi. Ultrasound biasanya digunakan untuk mendiagnosis pelbagai penyakit kerana ia memiliki kemampuan menciptakan gelombang bunyi yang...

10 ORANG PESAKIT KANAK-KANAK JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL USM

10 ORANG PESAKIT KANAK-KANAK JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, 26 September 2017 - Seramai 10 orang pesakit kanak-kanak menjalani pembedahan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui projek 'Hole In The Heart' dengan kerjasama Persatuan...

HOSPITAL USM ANJUR KURSUS KESELAMATAN, CEGAH KEBAKARAN

HOSPITAL USM ANJUR KURSUS KESELAMATAN, CEGAH KEBAKARAN

KUBANG KERIAN, 13 September 2017 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran Siri 2 bertempat di Dewan Auditorium Bangunan...

KEMURUNGAN DALAM DIRI KANAK-KANAK

KEMURUNGAN DALAM DIRI KANAK-KANAK

KOTA BHARU, KELANTAN, 12 September 2017- Kemurungan bukan hanya berlaku pada orang dewasa malah turut dirasai oleh kanak-kanak. Kemurungan boleh dianggap sebagai masalah kesihatan atau ia mungkin disebabkan oleh gangguan...

PESAKIT KANSER ANTARA LIMA PELAJAR DUDUKI UPSR DI HOSPITAL USM

PESAKIT KANSER ANTARA LIMA PELAJAR DUDUKI UPSR DI HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, 11 September 2017 - Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong, Rompin Pahang antara lima pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Universiti Sains...

PROGRAM SENTUHAN KASIH BANTU KELUARGA PESAKIT HOSPITAL USM

PROGRAM SENTUHAN KASIH BANTU KELUARGA PESAKIT HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Ogos 2017 – Wajah ceria dua keluarga pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) jelas terpancar apabila menerima kunjungan dari staf dan pelajar praktikal Unit Kebajikan...

PEMANTAPAN KAWALAN INFEKSI MELESTARIKAN KESIHATAN SEJAGAT

PEMANTAPAN KAWALAN INFEKSI MELESTARIKAN KESIHATAN SEJAGAT

KUBANG KERIAN, 29 Ogos 2017 - Penyakit berjangkit bawaan vektor dan virus sering berlaku disebabkan tindakan serta kelalaian manusia sendiri. Justeru, langkah-langkah yang berkesan adalah perlu untuk mengawal pembiakan penyakit...

KENALI TAHAP LUKA TERBAKAR

KENALI TAHAP LUKA TERBAKAR

KOTA BHARU, KELANTAN, 24 Ogos 2017 – Luka terbakar adalah kecederaan terhadap kulit mahupun tisu organic yang diakibatkan oleh haba, geseran, kontak, bahan kimia, renjatan elektrik dan radiasi. Luka terbakar...

PENYUSUAN SUSU IBU: KERJASAMA SEMUA PIHAK PERLU UNTUK MENJAYAKANNYA

PENYUSUAN SUSU IBU: KERJASAMA SEMUA PIHAK PERLU UNTUK MENJAYAKANNYA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Ogos 2017 - Susu ibu bukan sahaja pemakanan terbaik untuk bayi malah ia juga memberi manfaat imuniti daripada jangkitan, kurang risiko obesiti dan penyakit- penyakit...

MAKNA SEDIAKAN PENGINAPAN PERCUMA UNTUK PESAKIT KANSER HOSPITAL USM JALANI RAWATAN

MAKNA SEDIAKAN PENGINAPAN PERCUMA UNTUK PESAKIT KANSER HOSPITAL USM JALANI RAWATAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Ogos 2017 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu-satunya hospital yang menyediakan rawatan radioterapi dan kimoterapi bagi pesakit kanser di pantai timur. Justeru, Majlis Kanser...

DERMA ORGAN BANTU SELAMATKAN NYAWA PESAKIT

DERMA ORGAN BANTU SELAMATKAN NYAWA PESAKIT

KOTA BHARU, KELANTAN, 10 Ogos 2017- Pendermaan organ atau tisu adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami...

HOSPITAL MESRA IBADAH TERUS DIPERKASAKAN

HOSPITAL MESRA IBADAH TERUS DIPERKASAKAN

KOTA BHARU, 1 Ogos 2017 - Konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) terus diperkasakan melalui pembentangan beberapa resolusi dalam Konvensyen Peringkat Kebangsaan kali ke empat yang berlangsung selama dua hari bermula...

HOSPITAL USM DIPILIH SEBAGAI LOKASI MISI KASIH SAYANG KEJIRANAN SYURGA DAN PEKASIH MRSM KUANTAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Julai 2017 – Kelab PEKASIH dan Kejiranan Syurga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan melaksanakan misi kasih sayang dalam satu lawatan ke Wad 6 Utara...

GEJALA INKONTINEN URINARI : PEMUSNAH KEHIDUPAN

GEJALA INKONTINEN URINARI : PEMUSNAH KEHIDUPAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 16 Julai 2017 – Kegagalan kawalan pundi kencing ialah satu keadaan di mana kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinen urin) atau dipanggil ‘beser’ dalam sesetengah masyarakat di...

OSCC BERI RAWATAN DAN PENJAGAAN KEPADA PESAKIT YANG TRAUMA

OSCC  BERI RAWATAN DAN PENJAGAAN KEPADA PESAKIT YANG TRAUMA

KOTA BHARU, KELANTAN, 2 Julai 2017 -  Peningkatan kes-kes jenayah seperti rogol, sumbang mahram, penderaan kanak-kanak dari segi seksual dan emosi, liwat, gangguan seksual serta keganasan rumahtangga adalah sangat membimbangkan...

KANSER PAYUDARA, PEMBUNUH UTAMA DI MALAYSIA

KANSER PAYUDARA, PEMBUNUH UTAMA DI MALAYSIA

KOTA BHARU, KELANTAN, 29 Jun 2017 - Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap menyerang penduduk Malaysia sama ada lelaki mahupun wanita. Kajian mendapati kanser ini berada di tempat teratas...

SUMBANGAN RAYA CERIAKAN PESAKIT DI WAD

SUMBANGAN RAYA CERIAKAN PESAKIT DI WAD

USM KUBANG KERIAN, 20 Jun 2017 – ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ adalah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan program yang dianjur oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan dengan menghulurkan bantuan...

HOSPITAL USM TERIMA MESIN RAWAT KANSER TEKNOLOGI TINGGI, KOMITED BERI RAWATAN BERTARAF DUNIA

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) terus berada di hadapan dalam teknologi perubatan apabila membeli dua mesin yang berspesifikasi tinggi dalam merawat penyakit kanser....

10 KANAK-KANAK DIBANTU BEDAH JANTUNG

USM KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2017 - Bayi berusia tujuh hari antara 10 kanak-kanak yang telah berjaya menjalani pembedahan jantung kongenital oleh pakar bedah dari United Kingdom (UK) di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian, baru-baru ini.

Pada pembedahan kali ini, Tabung Kebajikan Ronald Mcdonald tampil menyumbangkan bantuan kewangan kepada pesakit  berjumlah RM 14250.00 bagi membiayai kos pembedahan tersebut.

derma

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Sukari Halim berkata, orang ramai terutama syarikat swasta dan badan korporat diseru untuk turut menyumbang dana kepada Tabung 'Hole In The Heart' bagi membantu pesakit-pesakit jantung yang memerlukan.

Pada masa ini, Hospital USM bekerjasama dengan Yayasan 'Healing Little Hearts' United Kingdom (HLHs) menjalankan pembedahan ke atas pesakit dibantu oleh Pakar Kardiotorasik Pediatrik, Pakar Pediatrik Kardiologi, Intensives, Jururawat serta Perfusionis yang bergerak secara sukarela dengan mendapat bantuan kewangan melalui sumbangan orang ramai," ujar Sukari lagi.

"Kutipan tabung ini akan digunakan untuk membantu golongan pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan dalam membiayai kos sepanjang rawatan kerana sekiranya tidak dibantu akan melewatkan proses rawatan awal yang bakal mengundang kemudaratan kepada pesakit," katanya.

derma2

Yang turut hadir semasa majlis ringkas penyerahan cek sumbangan ini  ialah Pengarah Urusan Tabung Kebajikan Ronald Mcdonald, Azmi Yusof, Pakar Pediatrik merangkap Ketua Projek 'Hole in The Heart & Healing Little Hearts, Dr. Mohd Rizal Mohd Zain, Penasihat Undang-Undang Universiti,  Dr Khairul Anuar Che Azmi, Pensyarah Perubatan, Profesor Dr Wan Hazabbah Wan Hitam dan Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr Nik Min Ahmad.

Sementara itu, bapa pesakit, Mohd Fairoz Razali, 34, berkata kerjasama itu membantu anak tunggalnya, Nur Qurratun Ain, 4, yang mengalami kebocoran injap jantung sejak lahir. Beliau bersyukur anaknya dipilih melakukan pembedahan segera kerana dia hanya bekerja sebagai penoreh getah.

"Bukan saja berpeluang menjalani pembedahan jantung lebih cepat, malah dibantu pula dengan kos ubatan yang mencecah ribuan ringgit. "Saya sangat bersyukur, berterima kasih dan berharap lebih ramai yang menderma kepada tabung ini bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa," katanya.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan / Foto : Mohd Zulkifli Zakaria

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud