• bebasrokk

  • kempen penjimatan

  • kempen bulan kebajikan

  • banner5s3

Berita

USAINS PEMACU PRODUKTIVITI USM

USAINS PEMACU PRODUKTIVITI USM

KUBANG KERIAN, 10 Julai 2018 - USAINS Tech Services Sdn Bhd merupakan salah satu anak syarikat milik penuh Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan bertujuan untuk kemudahan suntikan dana kepada USM...

PENJANAAN PENDAPATAN MELALUI UPK BANTU KELESTARIAN USM

PENJANAAN PENDAPATAN MELALUI UPK BANTU KELESTARIAN USM

USM, KUBANG KERIAN, 10 Julai 2018 - “Kita adalah satu keluarga, dan kita boleh merubah institusi kita menjadi satu institusi lebih baik dan cemerlang sekiranya kita bekerja sebagai satu pasukan,”...

UBAT INOVATOR, GENERIK DAN TIRUAN DAPAT PERHATIAN DI PASARAN MASA KINI

UBAT INOVATOR, GENERIK DAN TIRUAN DAPAT PERHATIAN DI PASARAN MASA KINI

USM, KUBANG KERIAN, 9 Julai 2018 - Proses penghasilan sesuatu ubat yang berkesan, selamat dan berkualiti perlu melalui beberapa fasa yang banyak dan menanggung kos terlalu tinggi. Menurut Ketua Pegawai Farmasi...

CEGAH KANSER PARU-PARU SEBELUM TERLAMBAT

CEGAH KANSER PARU-PARU SEBELUM TERLAMBAT

KOTA BHARU, KELANTAN, 5 Julai 2018 – Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap empat) dan telah...

DIET DI BULAN SYAWAL

DIET DI BULAN SYAWAL

KOTA BHARU, 21 Jun 2018 - Undangan musim perayaan memang menjadi kebiasaan masyarakat melayu yang perlu dipenuhi bagi mengeratkan silaturahim. Namun, bagi mereka yang mengamalkan diet sudah tentu perlu berhati-hati...

PERKHIDMATAN KECEMASAN NADI UTAMA MUSIM PERAYAAN

PERKHIDMATAN KECEMASAN NADI UTAMA MUSIM PERAYAAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 7 Jun 2018 – Jabatan Kecemasan merupakan antara jabatan terpenting di dalam sesebuah hospital dan merupakan pintu utama kemasukan pesakit ke dalam wad. Pensyarah Kanan dan Pakar...

KETAGIHAN NIKOTIN MUDARATKAN KESIHATAN REMAJA

KETAGIHAN NIKOTIN MUDARATKAN KESIHATAN REMAJA

USM KUBANG KERIAN, 24 Mei 2018 –Nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan dalam kalangan perokok terutamanya  remaja di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk...

PENGURUSAN EMOSI MENGGUNAKAN 'EMOTIONAL INTELLIGENCE'

PENGURUSAN EMOSI MENGGUNAKAN 'EMOTIONAL INTELLIGENCE'

USM, KUBANG KERIAN, 29 April 2018 – Emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran khusus, melibatkan biologi dan psikologis serta membawa kepada kecenderungan untuk bertindak. Emosi pada dasarnya adalah dorongan...

BAYI KUNING: KETAHUI PUNCA DAN CARA RAWATAN YANG BETUL

BAYI KUNING: KETAHUI PUNCA DAN CARA RAWATAN YANG BETUL

KOTA  BHARU , KELANTAN, 15 April 2018 – Bayi kuning atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai jaundis adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi kelihatan kuning serta menjadi kebimbangan kepada...

MEROKOK PUNCA UTAMA KANSER PITA SUARA

MEROKOK PUNCA UTAMA KANSER PITA SUARA

USM KUBANG KERIAN, 29 Mac 2018 - Pita suara atau lebih dikenali peti suara merupakan struktur penting dalam kawasan halkum seseorang yang berfungsi mengawal kualiti suara dan merupakan pintu kawalan saluran...

PENYAKIT TULANG TIDAK NORMAL PERLU RAWATAN SEGERA ELAK KECACATAN

PENYAKIT TULANG TIDAK NORMAL PERLU RAWATAN SEGERA ELAK KECACATAN

USM KUBANG KERIAN, 15 Mac 2018 – Sebelum era perubatan moden, kebanyakan tulang yang patah dirawat dengan menggunakan kaedah  konservatif atau secara tradisional. Hasilnya, tulang tidak dapat sembuh sepenuhnya dan...

LEUKIMIA ANTARA 10 KANSER MERBAHAYA

LEUKIMIA ANTARA 10 KANSER MERBAHAYA

USM KUBANG KERIAN, 4 Mac 2018 –Leukimia merupakan sejenis kanser darah yang menyerang sumsum tulang selain turut dikenali sebagai kanser darah putih yang merupakan salah satu daripada 10 penyakit kanser...

RAWATAN KESUBURAN BANTU PASANGAN DAPATKAN ZURIAT

RAWATAN KESUBURAN BANTU PASANGAN DAPATKAN ZURIAT

KELANTAN, 15 Februari 2018 – Ketidaksuburan atau mandul, bermaksud ketidakupayaan untuk hamil walaupun kerap melakukan hubungan kelamin tanpa penggunaaan sebarang alat pencegahan kehamilan selepas setahun perkahwinan. Menurut Pensyarah dan Pakar...

PROGRAM DERMA DARAH HOSPITAL USM BERSAMA (MAKSAK) MENDAPAT SAMBUTAN

PROGRAM DERMA DARAH HOSPITAL USM BERSAMA (MAKSAK) MENDAPAT SAMBUTAN

KOTA BHARU, 26 FEBRUARI 2018 - Unit Perubatan Transfusi Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima jemputan untuk mengadakan program menderma darah anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota – Anggota...

TOWNHALL: PERJELAS PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN HOSPITAL USM SECARA MENYELURUH

TOWNHALL: PERJELAS PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN HOSPITAL USM SECARA MENYELURUH

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Januari 2018 – Pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam kerana penjawat awam yang berkualiti ialah mereka yang mampu melaksanakan tanggungjawab dengan...

BEDAH KATARAK UNTUK PULIHKAN PENGLIHATAN SEPERTI SEDIAKALA

BEDAH KATARAK UNTUK PULIHKAN PENGLIHATAN SEPERTI SEDIAKALA

KOTA BHARU, KELANTAN , 18 Januari 2018 - Mata adalah organ deria yang membolehkan manusia melihat dan menikmati keindahan alam. Kebolehan untuk melihat pula merupakan suatu proses yang agak kompleks...

PERUBATAN REHABILITASI STROK : DARI KATIL KE KOMUNITI

PERUBATAN REHABILITASI STROK : DARI KATIL KE KOMUNITI

KOTA BHARU, KELANTAN, 4 Januari 2018 - Penyakit angin ahmar atau strok merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan upaya di Malaysia. Perkembangan perubatan moden membolehkan pesakit yang terlantar di katil mampu...

RADIOLOGI MAMPU KESAN KANSER PAYUDARA SECARA TEPAT DAN CEPAT

RADIOLOGI MAMPU KESAN KANSER PAYUDARA SECARA TEPAT DAN CEPAT

KOTA BHARU, KELANTAN, 14 Disember 2017 – Perkembangan teknologi terkini dalam bidang pengimejan atau radiologi, mampu mengesan kanser payudara secara cepat dan tepat jika dirawat pada peringkat awal. Pengesanan awal...

PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MAMPU SELAMATKAN NYAWA

PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MAMPU SELAMATKAN NYAWA

KOTA BHARU, KELANTAN,  30 November 2017 – Kanser payudara merupakan kanser yang tertinggi dihidapi oleh wanita bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia. Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima hampir 50...

DERMA ORGAN BERI HARAPAN BAHARU KEPADA PESAKIT

DERMA ORGAN BERI HARAPAN BAHARU KEPADA PESAKIT

USM, KUBANG KERIAN, 27 November 2017 – Sempena Kempen Pendermaan Organ, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah mengadakan Taklimat dan Kempen Kesedaran Pendermaan Organ...

HOSPITAL USM ANJUR KURSUS KESELAMATAN, CEGAH KEBAKARAN

kebakaran

KUBANG KERIAN, 13 September 2017 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran Siri 2 bertempat di Dewan Auditorium Bangunan Pentadbiran Hospital USM. 

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital USM, Saberi Mohd Yusoff berkata, kursus sehari itu diadakan dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan USM , Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bahru serta Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan.

Penganjuran kursus tersebut selaras dengan fungsi pihaknya yang berperanan menyebar maklumat berkaitan keselamatan mencegah kebakaran dalam kalangan kakitangan Hospital USM.

 “Selain itu, usaha tersebut selaras dengan komitmen pihak pengurusan hospital untuk meluaskan kesedaran terhadap risiko bahaya yang wujud ketika berada di tempat kerja," katanya.

Ujar Saberi lagi, kursus ini memfokuskan tentang maklumat dan peranan mereka terhadap pelbagai risiko kebakaran, kemahiran menyelamat dan mengendalikan peralatan ketika menghadapi kebakaran.

kebakaran1

''Peserta juga diterangkan tentang sebarang bentuk kemungkinan kecemasan yang boleh berlaku di dalam kerja harian terutamanya ketika berada di dalam wad," katanya.

Penganjuran kursus tersebut dilihat mampu membentuk sikap dan meningkatkan kesedaran kakitangan Hospital USM tentang bahaya kebakaran serta langkah sewajarnya bagi menghadapi risiko kebakaran.

Sepanjang kursus tersebut, peserta diberikan pendedahan tentang punca kebakaran, teknik menyelamat dan diperkenalkan tentang pelbagai peralatan memadam kebakaran. 

Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan seperti Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan staf sokongan daripada pelbagai jabatan di Hospital USM telah menyertai kursus ini.


Teks: Abdul Aziz Latif  / Foto: Muhammad Amin Syafiq Sakri

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud