• bebasrokk

  • kempen penjimatan

  • banner larangan membawa makanan

  • kempen bulan kebajikan

  • banner5s3

Berita

PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MAMPU SELAMATKAN NYAWA

PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MAMPU SELAMATKAN NYAWA

KOTA BHARU, KELANTAN,  30 November 2017 – Kanser payudara merupakan kanser yang tertinggi dihidapi oleh wanita bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia. Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima hampir 50...

DERMA ORGAN BERI HARAPAN BAHARU KEPADA PESAKIT

DERMA ORGAN BERI HARAPAN BAHARU KEPADA PESAKIT

USM, KUBANG KERIAN, 27 November 2017 – Sempena Kempen Pendermaan Organ, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah mengadakan Taklimat dan Kempen Kesedaran Pendermaan Organ...

PESAKIT DIABETIS DI MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT

PESAKIT DIABETIS DI MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 November 2017 - Penyakit diabetes terus meningkat di Malaysia dan dianggarkan kira-kira 3.6 juta (17.5%) rakyat Malaysia dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes. Separuh dari...

KANSER ORAL CEGAH SEBELUM PARAH

KANSER ORAL CEGAH SEBELUM PARAH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 November 2017 – "Orang ramai diminta menjalani pemeriksaan awal untuk mengesan kanser oral sebelum keadaan menjadi lebih mudarat," demikian nasihat Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian...

HERBA MERAWAT ATAU MUDARAT PADA KESIHATAN PESAKIT DISFUNGSI EREKTIL (ED)

HERBA MERAWAT ATAU MUDARAT PADA KESIHATAN PESAKIT DISFUNGSI EREKTIL (ED)

KOTA BHARU, 16 November 2017 – Mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED) merupakan penyakit yang dialami oleh kaum lelaki. Dianggarkan lebih kurang 152 juta orang lelaki seluruh dunia mengalami masalah lemah...

PENTINGNYA PENDIDIKAN DAN ILMU KESIHATAN REPRODUKTIF KEPADA REMAJA

PENTINGNYA PENDIDIKAN DAN ILMU KESIHATAN REPRODUKTIF KEPADA REMAJA

KOTA BHARU, KELANTAN, 6 NOVEMBER 2017- Kesihatan reproduktif atau dengan kata lainnya pendidikan seks didefinisikan sebagai kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsi dan...

600 STAF JAYAKAN GOTONG ROYONG PERDANA HOSPITAL USM

600 STAF JAYAKAN GOTONG ROYONG PERDANA HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 November 2017 – “Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”, demikian peribahasa sesuai bagi menggambarkan perpaduan erat yang dipamerkan kira-kira 600 staf Hospital Universiti Sains Malaysia...

RAWAT SEGERA LUKA LECURAN

RAWAT SEGERA LUKA LECURAN

JERTIH, 2 NOVEMBER 2017 - Kita semua pasti mempunyai pengalaman terkena api atau percikan minyak panas ketika mengendalikan alatan berkaitan penggunaan api. Kebiasaan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila...

DEMENSIA BUKAN PENUAAN NORMAL

DEMENSIA BUKAN PENUAAN NORMAL

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 Oktober 2017 – Demensia didefinasikan sebagai satu penyakit gangguan fungsi otak yang melibatkan sekumpulan gejala yang merangkumi kemerosotan fungsi ingatan, kesukaran untuk berfikir, berkomunikasi, menyelesaikan masalah...

CAKNA UBAT ANDA

CAKNA UBAT ANDA

USM, KUBANG KERIAN, 22 Oktober 2017 – Majoriti pesakit yang datang menerima rawatan di hospital akan dibekalkan ubat-ubatan. Penerangan tentang penyakit, rawatan serta ubatan akan dijelaskan kepada pesakit oleh profesional...

PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI GINEKOLOGI TIDAK BERISIKO

PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI GINEKOLOGI TIDAK BERISIKO

KOTA BHARU, KELANTAN, 19 Oktober 2017 – Pembedahan laparoskopi atau dikenali sebagai pembedahan secara minimal di mana luka yang dialami pesakit hanya sebesar 0.5 hingga 1.2 sentimeter dengan menggunakan alat...

KESIHATAN MENTAL BOLEH PENGARUHI KESELAMATAN SEMASA BEKERJA

KESIHATAN MENTAL BOLEH PENGARUHI KESELAMATAN SEMASA BEKERJA

USM KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2017 – Kesihatan mental adalah kesihatan dan tiada kesihatan tanpa kesihatan mental.  Masyarakat sering melabel individu yang mengalami masalah kesihatan mental adalah mereka yang sakit...

10 KANAK-KANAK DIBANTU BEDAH JANTUNG

10 KANAK-KANAK DIBANTU BEDAH JANTUNG

USM KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2017 - Bayi berusia tujuh hari antara 10 kanak-kanak yang telah berjaya menjalani pembedahan jantung kongenital oleh pakar bedah dari United Kingdom (UK) di Hospital...

LELAKI JUGA BERISIKO MENGHIDAP KANSER PAYUDARA

LELAKI JUGA BERISIKO MENGHIDAP KANSER PAYUDARA

KOTA BHARU, KELANTAN, 8 Oktober 2017 – “Kanser payudara ditemui kira-kira 100 kali lebih banyak menyerang kaum wanita berbanding lelaki, namun penyakit ini juga boleh menyerang golongan lelaki”, ujar Dr....

‘EAST COAST BASIC ULTRASOUND COURSE @ HOSPITAL USM 2017’ BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN

‘EAST COAST BASIC ULTRASOUND COURSE @ HOSPITAL USM 2017’ BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 September 2017 – Ultrasound umumnya dikenali sebagai ultrasonografi atau sonografi. Ultrasound biasanya digunakan untuk mendiagnosis pelbagai penyakit kerana ia memiliki kemampuan menciptakan gelombang bunyi yang...

10 ORANG PESAKIT KANAK-KANAK JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL USM

10 ORANG PESAKIT KANAK-KANAK JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, 26 September 2017 - Seramai 10 orang pesakit kanak-kanak menjalani pembedahan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui projek 'Hole In The Heart' dengan kerjasama Persatuan...

HOSPITAL USM ANJUR KURSUS KESELAMATAN, CEGAH KEBAKARAN

HOSPITAL USM ANJUR KURSUS KESELAMATAN, CEGAH KEBAKARAN

KUBANG KERIAN, 13 September 2017 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran Siri 2 bertempat di Dewan Auditorium Bangunan...

KEMURUNGAN DALAM DIRI KANAK-KANAK

KEMURUNGAN DALAM DIRI KANAK-KANAK

KOTA BHARU, KELANTAN, 12 September 2017- Kemurungan bukan hanya berlaku pada orang dewasa malah turut dirasai oleh kanak-kanak. Kemurungan boleh dianggap sebagai masalah kesihatan atau ia mungkin disebabkan oleh gangguan...

PESAKIT KANSER ANTARA LIMA PELAJAR DUDUKI UPSR DI HOSPITAL USM

PESAKIT KANSER ANTARA LIMA PELAJAR DUDUKI UPSR DI HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, 11 September 2017 - Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong, Rompin Pahang antara lima pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Universiti Sains...

PROGRAM SENTUHAN KASIH BANTU KELUARGA PESAKIT HOSPITAL USM

PROGRAM SENTUHAN KASIH BANTU KELUARGA PESAKIT HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Ogos 2017 – Wajah ceria dua keluarga pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) jelas terpancar apabila menerima kunjungan dari staf dan pelajar praktikal Unit Kebajikan...

HOSPITAL MESRA IBADAH TERUS DIPERKASAKAN

hmi1

KOTA BHARU, 1 Ogos 2017 - Konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) terus diperkasakan melalui pembentangan beberapa resolusi dalam Konvensyen Peringkat Kebangsaan kali ke empat yang berlangsung selama dua hari bermula 30 dan 31 Julai di Dewan Bunga Raya Hotel Perdana.

Matlamat HMI adalah untuk mencapai kesepaduan komprehensif bagi hospital mengamalkan kecemerlangan perkhidmatan dan memberi fokus kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan nilai-nilai islam kepada pekerja, pesakit dan waris pesakit.

hmi2

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asma Ismail, konvensyen ini merupakan medan terbaik untuk mengutarakan, membincangkan seterusnya mengeluarkan konklusi dan resolusi yang terbaik bagi setiap permasalahan dan isu-isu yang timbul.

"Mesra ibadah tidak terhad hanya kepada menyediakan kemudahan kepada pesakit menunaikan ibadah tetapi ia perlu dilihat dalam skop yang lebih luas merangkumi cabaran masa kini dan perbezaan agama," katanya dalam sidang media selepas Perasmian Konvensyen HMI.

hmi3

Tambah Asma, beberapa resolusi akan dibentangkan antaranya 'Hala Tuju HMI di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)', 'HMI Sebagai Platform Hospital Patuh Syariah', 'Hala Tuju Penjagaan Spiritual di Hospital' dan banyak lagi.

"Penganjuran HMI kali ini dijayakan melalui kerjasama erat antara Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM," jelasnya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato' Haji Othman Mustapha, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Datuk Dr Azman Abu Bakar. Pengarah Hospital Sungai Buloh merangkap Pengerusi bersama HMI, Dato' Dr Khalid Ibrahim dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud