• bebasrokk

  • daulat tuanku

  • kempen penjimatan

  • banner larangan membawa makanan

  • kempen bulan kebajikan

  • banner5s3

Berita

PESAKIT KANSER ANTARA LIMA PELAJAR DUDUKI UPSR DI HOSPITAL USM

PESAKIT KANSER ANTARA LIMA PELAJAR DUDUKI UPSR DI HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, 11 September 2017 - Seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong, Rompin Pahang antara lima pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Universiti Sains...

PROGRAM SENTUHAN KASIH BANTU KELUARGA PESAKIT HOSPITAL USM

PROGRAM SENTUHAN KASIH BANTU KELUARGA PESAKIT HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Ogos 2017 – Wajah ceria dua keluarga pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) jelas terpancar apabila menerima kunjungan dari staf dan pelajar praktikal Unit Kebajikan...

PEMANTAPAN KAWALAN INFEKSI MELESTARIKAN KESIHATAN SEJAGAT

PEMANTAPAN KAWALAN INFEKSI MELESTARIKAN KESIHATAN SEJAGAT

KUBANG KERIAN, 29 Ogos 2017 - Penyakit berjangkit bawaan vektor dan virus sering berlaku disebabkan tindakan serta kelalaian manusia sendiri. Justeru, langkah-langkah yang berkesan adalah perlu untuk mengawal pembiakan penyakit...

KENALI TAHAP LUKA TERBAKAR

KENALI TAHAP LUKA TERBAKAR

KOTA BHARU, KELANTAN, 24 Ogos 2017 – Luka terbakar adalah kecederaan terhadap kulit mahupun tisu organic yang diakibatkan oleh haba, geseran, kontak, bahan kimia, renjatan elektrik dan radiasi. Luka terbakar...

PENYUSUAN SUSU IBU: KERJASAMA SEMUA PIHAK PERLU UNTUK MENJAYAKANNYA

PENYUSUAN SUSU IBU: KERJASAMA SEMUA PIHAK PERLU UNTUK MENJAYAKANNYA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Ogos 2017 - Susu ibu bukan sahaja pemakanan terbaik untuk bayi malah ia juga memberi manfaat imuniti daripada jangkitan, kurang risiko obesiti dan penyakit- penyakit...

MAKNA SEDIAKAN PENGINAPAN PERCUMA UNTUK PESAKIT KANSER HOSPITAL USM JALANI RAWATAN

MAKNA SEDIAKAN PENGINAPAN PERCUMA UNTUK PESAKIT KANSER HOSPITAL USM JALANI RAWATAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 Ogos 2017 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu-satunya hospital yang menyediakan rawatan radioterapi dan kimoterapi bagi pesakit kanser di pantai timur. Justeru, Majlis Kanser...

DERMA ORGAN BANTU SELAMATKAN NYAWA PESAKIT

DERMA ORGAN BANTU SELAMATKAN NYAWA PESAKIT

KOTA BHARU, KELANTAN, 10 Ogos 2017- Pendermaan organ atau tisu adalah proses memindahkan organ dan tisu daripada penderma yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami...

HOSPITAL MESRA IBADAH TERUS DIPERKASAKAN

HOSPITAL MESRA IBADAH TERUS DIPERKASAKAN

KOTA BHARU, 1 Ogos 2017 - Konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) terus diperkasakan melalui pembentangan beberapa resolusi dalam Konvensyen Peringkat Kebangsaan kali ke empat yang berlangsung selama dua hari bermula...

HOSPITAL USM DIPILIH SEBAGAI LOKASI MISI KASIH SAYANG KEJIRANAN SYURGA DAN PEKASIH MRSM KUANTAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Julai 2017 – Kelab PEKASIH dan Kejiranan Syurga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan melaksanakan misi kasih sayang dalam satu lawatan ke Wad 6 Utara...

GEJALA INKONTINEN URINARI : PEMUSNAH KEHIDUPAN

GEJALA INKONTINEN URINARI : PEMUSNAH KEHIDUPAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 16 Julai 2017 – Kegagalan kawalan pundi kencing ialah satu keadaan di mana kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinen urin) atau dipanggil ‘beser’ dalam sesetengah masyarakat di...

OSCC BERI RAWATAN DAN PENJAGAAN KEPADA PESAKIT YANG TRAUMA

OSCC  BERI RAWATAN DAN PENJAGAAN KEPADA PESAKIT YANG TRAUMA

KOTA BHARU, KELANTAN, 2 Julai 2017 -  Peningkatan kes-kes jenayah seperti rogol, sumbang mahram, penderaan kanak-kanak dari segi seksual dan emosi, liwat, gangguan seksual serta keganasan rumahtangga adalah sangat membimbangkan...

KANSER PAYUDARA, PEMBUNUH UTAMA DI MALAYSIA

KANSER PAYUDARA, PEMBUNUH UTAMA DI MALAYSIA

KOTA BHARU, KELANTAN, 29 Jun 2017 - Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap menyerang penduduk Malaysia sama ada lelaki mahupun wanita. Kajian mendapati kanser ini berada di tempat teratas...

SUMBANGAN RAYA CERIAKAN PESAKIT DI WAD

SUMBANGAN RAYA CERIAKAN PESAKIT DI WAD

USM KUBANG KERIAN, 20 Jun 2017 – ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ adalah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan program yang dianjur oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan dengan menghulurkan bantuan...

HOSPITAL USM TERIMA MESIN RAWAT KANSER TEKNOLOGI TINGGI, KOMITED BERI RAWATAN BERTARAF DUNIA

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) terus berada di hadapan dalam teknologi perubatan apabila membeli dua mesin yang berspesifikasi tinggi dalam merawat penyakit kanser....

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 – Setiap tahun jururawat akan diraikan bagi menghargai jasa dan bakti mereka dalam menggerakkan sasuatu organisasi terutamanya dalam bidang kesihatan. Tanggal 12 Mei dipilih sebagai...

ALAT BANTU PENDENGARAN KAEDAH TERBAIK ATASI MASALAH PENDENGARAN

ALAT BANTU PENDENGARAN KAEDAH TERBAIK ATASI MASALAH PENDENGARAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 April 2017 - Terdapat lebih daripada lima juta penduduk di Malaysia dipercayai mengalami masalah pendengaran. Tanda-tanda awal masalah pendengaran termasuklah kesukaran memahami pihak lain apabila berbual...

USM CAKNA DALAM KESEDARAN KESIHATAN DI SEKOLAH

KOTA BHARU, KELANTAN 16 April 2017  - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjayakan Hari Integrasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Panji bagi memberi kesedaran tentang...

HUSM ANJUR 1st UROLOGY SYMPOSIUM OF PENO-URETHRAL RECONSTRUCTIVE SURGERY

HUSM ANJUR 1st UROLOGY SYMPOSIUM OF PENO-URETHRAL RECONSTRUCTIVE SURGERY

USM, KUBANG KERIAN, 19 April 2017 - Unit Urologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) buat julung kalinya menganjurkan  '1st HUSM Urology Symposium of Peno-Urethral Reconstructive Surgery' bertujuan untuk memberi pendedahan...

HARI KOKURIKULUM DEKATI PELAJAR SDH UNTUK LAHIRKAN GENERASI DINAMIK

HARI KOKURIKULUM DEKATI PELAJAR SDH UNTUK LAHIRKAN GENERASI DINAMIK

USM, KUBANG KERIAN, 13 April 2017 – Sekolah Dalam Hospital (SDH) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Hari Kokurikulum sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun....

LESTARIKAN BUDAYA KORPORAT DALAM PERKHIDMATAN DI HOSPITAL USM

LESTARIKAN BUDAYA KORPORAT DALAM PERKHIDMATAN DI HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, 12 April 2017 – “Budaya kerja perlulah mempunyai matlamat yang sama kerana setiap staf mempunyai tanggungjawab masing-masing”, demikian kata Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr....

MASYARAKAT PERLU SEDAR BAHAYA GLAUKOMA

KOTA BHARU, 27 Mac 2017 - Mata adalah salah satu deria yang amat penting dalam kehidupan manusia. Biarpun menyedari kepentingan mata sebagai deria penglihatan namun masih ramai yang tidak mengambil berat tentang penjagaan mata.

Pelbagai jenis penyakit yang boleh menjangkiti mata dan ada di antaranya sehingga menyebabkan kebutaan seperti glaukoma.  Glaukoma adalah penyakit pada kerosakan saraf mata yang mengakibatkan perubahan medan penglihatan.

glukoma3

Sempena Sambutan Hari Glaukoma Sedunia 2017, Jabatan Oftalmologi dan Klinik Pakar Oftalmologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menganjurkan program pemeriksaan mata percuma kepada orang awam di AEON Mall Kota Bharu.

Ketua Jabatan Oftalmologi, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Liza Sharmini Ahmad Tajudin menjelaskan, penyebab glaukoma adalah banyak dan ianya merupakan sejenis penyakit yang tidak mempunyai simptom yang jelas.  Oleh sebab itu, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan seperti mengadakan klinik saringan khas serta membuat pelbagai penyelidikan tentang risiko glaukoma untuk kepentingan perawatan.

glukoma1

Menurut Pensyarah Perubatan, Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Madya Dr Azhany Yaakub, glaukoma diibaratkan sebagai pencuri penglihatan kerana penglihatan seseorang itu akan hilang atau terganggu sedikit demi sedikit sehingga mengakibatkan kebutaan.

"Glaukoma hanya dapat dirawat supaya tidak menjadi teruk tetapi tidak dapat sembuh sepenuhnya kerana penyakit ini melibatkan saraf yang terdapat di dalam mata. 

glukoma4

Tambah Azhany, sebanyak 60% penyakit mata adalah berpunca daripada katarak, manakala 13% adalah berpunca glaukoma, 10% adalah masalah retinal dan selebihnya pelbagai punca.

Ini bermakna glaukoma juga merupakan salah satu punca utama yang boleh menyebabkan kebutaan dan kebanyakan masyarakat tidak sedar bahawa glaukoma merupakan antara penyebab buta selain daripada katrak dan kencing manis.

Mereka yang berisiko mendapat glaukoma antaranya adalah individu berusia 40 tahun ke atas, pesakit kencing manis, pengidap darah tinggi, pernah mengalami kecederaan mata serta seseorang yang menggunakan ubatan steroid berpanjangan.


Teks & Foto: Lailatul Hafiza Abdul Rashid & Adilah Abdullah (Pelajar praktikal UiTM Puncak Alam)

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud