• HARI JURURAWAT

  • bebasrokk

  • daulat tuanku

  • kempen penjimatan

  • banner larangan membawa makanan

  • kempen bulan kebajikan

  • banner5s3

Berita

HOSPITAL USM TERIMA MESIN RAWAT KANSER TEKNOLOGI TINGGI, KOMITED BERI RAWATAN BERTARAF DUNIA

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) terus berada di hadapan dalam teknologi perubatan apabila membeli dua mesin yang berspesifikasi tinggi dalam merawat penyakit kanser....

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 – Setiap tahun jururawat akan diraikan bagi menghargai jasa dan bakti mereka dalam menggerakkan sasuatu organisasi terutamanya dalam bidang kesihatan. Tanggal 12 Mei dipilih sebagai...

ALAT BANTU PENDENGARAN KAEDAH TERBAIK ATASI MASALAH PENDENGARAN

ALAT BANTU PENDENGARAN KAEDAH TERBAIK ATASI MASALAH PENDENGARAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 April 2017 - Terdapat lebih daripada lima juta penduduk di Malaysia dipercayai mengalami masalah pendengaran. Tanda-tanda awal masalah pendengaran termasuklah kesukaran memahami pihak lain apabila berbual...

USM CAKNA DALAM KESEDARAN KESIHATAN DI SEKOLAH

KOTA BHARU, KELANTAN 16 April 2017  - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjayakan Hari Integrasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Panji bagi memberi kesedaran tentang...

HUSM ANJUR 1st UROLOGY SYMPOSIUM OF PENO-URETHRAL RECONSTRUCTIVE SURGERY

HUSM ANJUR 1st UROLOGY SYMPOSIUM OF PENO-URETHRAL RECONSTRUCTIVE SURGERY

USM, KUBANG KERIAN, 19 April 2017 - Unit Urologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) buat julung kalinya menganjurkan  '1st HUSM Urology Symposium of Peno-Urethral Reconstructive Surgery' bertujuan untuk memberi pendedahan...

HARI KOKURIKULUM DEKATI PELAJAR SDH UNTUK LAHIRKAN GENERASI DINAMIK

HARI KOKURIKULUM DEKATI PELAJAR SDH UNTUK LAHIRKAN GENERASI DINAMIK

USM, KUBANG KERIAN, 13 April 2017 – Sekolah Dalam Hospital (SDH) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Hari Kokurikulum sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun....

LESTARIKAN BUDAYA KORPORAT DALAM PERKHIDMATAN DI HOSPITAL USM

LESTARIKAN BUDAYA KORPORAT DALAM PERKHIDMATAN DI HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, 12 April 2017 – “Budaya kerja perlulah mempunyai matlamat yang sama kerana setiap staf mempunyai tanggungjawab masing-masing”, demikian kata Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr....

HOSPITAL USM CAKNA DALAM KEBAJIKAN PESAKIT

HOSPITAL USM CAKNA DALAM KEBAJIKAN PESAKIT

USM, KUBANG KERIAN, 10 April 2017- Unit Kebajikan Perubatan (UKP), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah membantu hampir 3,000 kes pesakit yang kurang berkemampuan, melibatkan kos kewangan selain memberi khidmat...

PESAKIT DIABETIS PERLU KESAN RETINOPATI UNTUK CEGAH KEBUTAAN

PESAKIT DIABETIS PERLU KESAN RETINOPATI UNTUK CEGAH KEBUTAAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 6 April 2017 -  Diabetes mellitus atau dikenali sebagai penyakit kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh tingginya kadar gula dalam darah akibat gangguan sekresi insulin. Penyakit...

MAKAN MALAM AMAL BESTARI HUSM MERIAH

MAKAN MALAM AMAL BESTARI HUSM MERIAH

KUBANG KERIAN, 2 April 2017- Majlis Makan Malam Amal Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) mendapat sambutan daripada staf dan orang awam yang...

MASYARAKAT PERLU SEDAR BAHAYA GLAUKOMA

MASYARAKAT PERLU SEDAR BAHAYA GLAUKOMA

KOTA BHARU, 27 Mac 2017 - Mata adalah salah satu deria yang amat penting dalam kehidupan manusia. Biarpun menyedari kepentingan mata sebagai deria penglihatan namun masih ramai yang tidak mengambil...

PEKA BANTU KURANGKAN BEBAN PESAKIT KANAK- KANAK

PEKA BANTU KURANGKAN BEBAN PESAKIT KANAK- KANAK

USM, KUBANG KERIAN, 21 MAC 2017 – Prihatin akan derita yang dihadapi oleh pesakit kanak-kanak yang di rujuk kepada Jabatan Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak...

HOSPITAL USM LAKSANA PEMBEDAHAN 'LAPAROSCOPIC PAEDIATRIC' PERTAMA DI PANTAI TIMUR

HOSPITAL USM LAKSANA PEMBEDAHAN 'LAPAROSCOPIC PAEDIATRIC' PERTAMA DI PANTAI TIMUR

USM, KUBANG KERIAN, 20 Mac 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Urologi sekali lagi melakar sejarah kejayaan pembedahan sendiri apabila berjaya menjalankan pembedahan 'Laparoscopic Paediatric' pertama di...

PS1 BANTU MASYARAKAT CAKNA BAHAYA KANSER PAYUDARA

PS1 BANTU MASYARAKAT CAKNA BAHAYA KANSER PAYUDARA

KOTA BHARU, 10 Mac 2017 - Pusat Sumber Kanser Payudara (PS1), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan kerjasama AEON Mall Kota Bharu menganjurkan program kesedaran terhadap kanser payudara sempena Hari...

NYANYUK BUKAN GEJALA NORMAL

NYANYUK BUKAN GEJALA NORMAL

USM KUBANG KERIAN, 5 Mac 2017 - Nyanyuk yang berlaku dalam kalangan masyarakat atau dikenali juga sebagai Dementia dari segi istilah perubatan bukan satu gejala normal yang boleh diambil mudah...

DEMENTIA PERLU PENJAGAAN RAPI

DEMENTIA PERLU PENJAGAAN RAPI

KUBANG KERIAN, 4 Mac 2017 –  Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif dan boleh membawa kepada penurunan kualiti hidup dalam menjalankan aktiviti harian serta boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan...

PENDAKAP GIGI PALSU MEMBAWA KESAN MUDARAT JANGKA PANJANG

PENDAKAP GIGI PALSU MEMBAWA KESAN MUDARAT JANGKA PANJANG

KOTA BHARU, KELANTAN,  28 Februari 2017 – Zaman sekarang merupakan era globalisasi canggih sehinggakan banyak alat yang telah dipalsukan bagi mengaut keuntungan akibat pentingkan diri sendiri termasuklah memalsukan pendakap gigi...

MASYARAKAT PERLU FAHAM FUNGSI JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

MASYARAKAT PERLU FAHAM FUNGSI JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

KUBANG KERIAN, 24 JANUARI 2017 - Sebanyak 70 hingga 80 peratus pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), bukannya disebabkan oleh kes kecemasan sebaliknya...

HUSM PERTAMA KALI ADAKAN PEMBEDAHAN SUPINE PCNL BANTU PESAKIT BATU KARANG

HUSM PERTAMA KALI ADAKAN PEMBEDAHAN SUPINE PCNL BANTU PESAKIT BATU KARANG

KUBANG KERIAN, 24 Januari 2017 - Unit Urologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah menjalankan kaedah pembedahan batu karang buah pinggang 'staghorn' dengan menggunakan kaedah terbaru yang dikenali sebagai...

PERANAN PAKAR BIUS AMAT PENTING DALAM PROSEDUR PEMBEDAHAN

PERANAN PAKAR BIUS AMAT PENTING DALAM PROSEDUR PEMBEDAHAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Januari 2017 - Seringkali kejayaan sesuatu pembedahan digambarkan dengan kehebatan pakar bedah yang melaksanakan pembedahan tersebut. Namun sedar atau tidak, kejayaan pembedahan tersebut turut sama pentingnya...

PEKA BANTU KURANGKAN BEBAN PESAKIT KANAK- KANAK

USM, KUBANG KERIAN, 21 MAC 2017 – Prihatin akan derita yang dihadapi oleh pesakit kanak-kanak yang di rujuk kepada Jabatan Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (PEKA) terus berusaha dalam membantu dan memberi sumbangan peralatan dan bantuan perubatan kepada kanak-kanak berdaftar.

PEKA merupakan sebuah badan kebajikan yang diterajui oleh kakitangan Hospital USM bertujuan untuk membantu pesakit kanak-kanak yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan seperti pesakit yang tergolong dari keluarga miskin bagi meringankan beban pesakit dan keluarga yang terlibat.

peka

Koordinator Program Anak Angkat PEKA yang juga pakar kanak-kanak Hospital USM, Profesor Madya Dr Ariffin Nasir berkata, program sebegini merupakan satu tanggungjawab Hospital USM kepada pesakit-pesakit khususnya pesakit kanak-kanak.

“PEKA menyumbangkan sebuah alat pendengaran yang bernilai kira-kira RM 6800 kepada seorang pesakit Muhamad Harraz Zahran Muhamad Rosdi, 2, yang mengidap ‘Treacher Collins Syndrom’ bagi membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit tersebut yang mempunyai masalah pendengaran.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menanggung kesukaran yang dihidapi oleh adik Harraz yang mengalami satu keadaan yang mempengaruhi perkembangan tulang dan tisu-tisu muka termasuk telinga,” ujarnya.

Tambah Ariffin, pemasangan alat pendengaran ini akan membantu adik Harraz untuk mendengar dengan menggunakan alat pendengaran yang lebih baik dimana alat tersebut membantu pengguna lebih sedar keadaan persekitaran mereka melalui getaran.

“Pasakit kita juga akan menerima wang sumbangan dari tabung PEKA yang diperoleh dari pelbagai sumber seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga badan-badan kerajaan yang terlibat,” ujarnya lagi.

Teks: Mohamad Hairol Rasli / Foto: Nur Awanis Rosni

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud