• HARI JURURAWAT

  • bebasrokk

  • daulat tuanku

  • kempen penjimatan

  • banner larangan membawa makanan

  • kempen bulan kebajikan

  • banner5s3

Berita

HOSPITAL USM TERIMA MESIN RAWAT KANSER TEKNOLOGI TINGGI, KOMITED BERI RAWATAN BERTARAF DUNIA

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) terus berada di hadapan dalam teknologi perubatan apabila membeli dua mesin yang berspesifikasi tinggi dalam merawat penyakit kanser....

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 – Setiap tahun jururawat akan diraikan bagi menghargai jasa dan bakti mereka dalam menggerakkan sasuatu organisasi terutamanya dalam bidang kesihatan. Tanggal 12 Mei dipilih sebagai...

ALAT BANTU PENDENGARAN KAEDAH TERBAIK ATASI MASALAH PENDENGARAN

ALAT BANTU PENDENGARAN KAEDAH TERBAIK ATASI MASALAH PENDENGARAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 April 2017 - Terdapat lebih daripada lima juta penduduk di Malaysia dipercayai mengalami masalah pendengaran. Tanda-tanda awal masalah pendengaran termasuklah kesukaran memahami pihak lain apabila berbual...

USM CAKNA DALAM KESEDARAN KESIHATAN DI SEKOLAH

KOTA BHARU, KELANTAN 16 April 2017  - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjayakan Hari Integrasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Panji bagi memberi kesedaran tentang...

HUSM ANJUR 1st UROLOGY SYMPOSIUM OF PENO-URETHRAL RECONSTRUCTIVE SURGERY

HUSM ANJUR 1st UROLOGY SYMPOSIUM OF PENO-URETHRAL RECONSTRUCTIVE SURGERY

USM, KUBANG KERIAN, 19 April 2017 - Unit Urologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) buat julung kalinya menganjurkan  '1st HUSM Urology Symposium of Peno-Urethral Reconstructive Surgery' bertujuan untuk memberi pendedahan...

HARI KOKURIKULUM DEKATI PELAJAR SDH UNTUK LAHIRKAN GENERASI DINAMIK

HARI KOKURIKULUM DEKATI PELAJAR SDH UNTUK LAHIRKAN GENERASI DINAMIK

USM, KUBANG KERIAN, 13 April 2017 – Sekolah Dalam Hospital (SDH) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Hari Kokurikulum sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun....

LESTARIKAN BUDAYA KORPORAT DALAM PERKHIDMATAN DI HOSPITAL USM

LESTARIKAN BUDAYA KORPORAT DALAM PERKHIDMATAN DI HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, 12 April 2017 – “Budaya kerja perlulah mempunyai matlamat yang sama kerana setiap staf mempunyai tanggungjawab masing-masing”, demikian kata Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr....

HOSPITAL USM CAKNA DALAM KEBAJIKAN PESAKIT

HOSPITAL USM CAKNA DALAM KEBAJIKAN PESAKIT

USM, KUBANG KERIAN, 10 April 2017- Unit Kebajikan Perubatan (UKP), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah membantu hampir 3,000 kes pesakit yang kurang berkemampuan, melibatkan kos kewangan selain memberi khidmat...

PESAKIT DIABETIS PERLU KESAN RETINOPATI UNTUK CEGAH KEBUTAAN

PESAKIT DIABETIS PERLU KESAN RETINOPATI UNTUK CEGAH KEBUTAAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 6 April 2017 -  Diabetes mellitus atau dikenali sebagai penyakit kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh tingginya kadar gula dalam darah akibat gangguan sekresi insulin. Penyakit...

MAKAN MALAM AMAL BESTARI HUSM MERIAH

MAKAN MALAM AMAL BESTARI HUSM MERIAH

KUBANG KERIAN, 2 April 2017- Majlis Makan Malam Amal Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) mendapat sambutan daripada staf dan orang awam yang...

MASYARAKAT PERLU SEDAR BAHAYA GLAUKOMA

MASYARAKAT PERLU SEDAR BAHAYA GLAUKOMA

KOTA BHARU, 27 Mac 2017 - Mata adalah salah satu deria yang amat penting dalam kehidupan manusia. Biarpun menyedari kepentingan mata sebagai deria penglihatan namun masih ramai yang tidak mengambil...

PEKA BANTU KURANGKAN BEBAN PESAKIT KANAK- KANAK

PEKA BANTU KURANGKAN BEBAN PESAKIT KANAK- KANAK

USM, KUBANG KERIAN, 21 MAC 2017 – Prihatin akan derita yang dihadapi oleh pesakit kanak-kanak yang di rujuk kepada Jabatan Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak...

HOSPITAL USM LAKSANA PEMBEDAHAN 'LAPAROSCOPIC PAEDIATRIC' PERTAMA DI PANTAI TIMUR

HOSPITAL USM LAKSANA PEMBEDAHAN 'LAPAROSCOPIC PAEDIATRIC' PERTAMA DI PANTAI TIMUR

USM, KUBANG KERIAN, 20 Mac 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Urologi sekali lagi melakar sejarah kejayaan pembedahan sendiri apabila berjaya menjalankan pembedahan 'Laparoscopic Paediatric' pertama di...

PS1 BANTU MASYARAKAT CAKNA BAHAYA KANSER PAYUDARA

PS1 BANTU MASYARAKAT CAKNA BAHAYA KANSER PAYUDARA

KOTA BHARU, 10 Mac 2017 - Pusat Sumber Kanser Payudara (PS1), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan kerjasama AEON Mall Kota Bharu menganjurkan program kesedaran terhadap kanser payudara sempena Hari...

NYANYUK BUKAN GEJALA NORMAL

NYANYUK BUKAN GEJALA NORMAL

USM KUBANG KERIAN, 5 Mac 2017 - Nyanyuk yang berlaku dalam kalangan masyarakat atau dikenali juga sebagai Dementia dari segi istilah perubatan bukan satu gejala normal yang boleh diambil mudah...

DEMENTIA PERLU PENJAGAAN RAPI

DEMENTIA PERLU PENJAGAAN RAPI

KUBANG KERIAN, 4 Mac 2017 –  Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif dan boleh membawa kepada penurunan kualiti hidup dalam menjalankan aktiviti harian serta boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan...

PENDAKAP GIGI PALSU MEMBAWA KESAN MUDARAT JANGKA PANJANG

PENDAKAP GIGI PALSU MEMBAWA KESAN MUDARAT JANGKA PANJANG

KOTA BHARU, KELANTAN,  28 Februari 2017 – Zaman sekarang merupakan era globalisasi canggih sehinggakan banyak alat yang telah dipalsukan bagi mengaut keuntungan akibat pentingkan diri sendiri termasuklah memalsukan pendakap gigi...

MASYARAKAT PERLU FAHAM FUNGSI JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

MASYARAKAT PERLU FAHAM FUNGSI JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

KUBANG KERIAN, 24 JANUARI 2017 - Sebanyak 70 hingga 80 peratus pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), bukannya disebabkan oleh kes kecemasan sebaliknya...

HUSM PERTAMA KALI ADAKAN PEMBEDAHAN SUPINE PCNL BANTU PESAKIT BATU KARANG

HUSM PERTAMA KALI ADAKAN PEMBEDAHAN SUPINE PCNL BANTU PESAKIT BATU KARANG

KUBANG KERIAN, 24 Januari 2017 - Unit Urologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah menjalankan kaedah pembedahan batu karang buah pinggang 'staghorn' dengan menggunakan kaedah terbaru yang dikenali sebagai...

PERANAN PAKAR BIUS AMAT PENTING DALAM PROSEDUR PEMBEDAHAN

PERANAN PAKAR BIUS AMAT PENTING DALAM PROSEDUR PEMBEDAHAN

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Januari 2017 - Seringkali kejayaan sesuatu pembedahan digambarkan dengan kehebatan pakar bedah yang melaksanakan pembedahan tersebut. Namun sedar atau tidak, kejayaan pembedahan tersebut turut sama pentingnya...

HOSPITAL USM LAKSANA PEMBEDAHAN 'LAPAROSCOPIC PAEDIATRIC' PERTAMA DI PANTAI TIMUR

USM, KUBANG KERIAN, 20 Mac 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Urologi sekali lagi melakar sejarah kejayaan pembedahan sendiri apabila berjaya menjalankan pembedahan 'Laparoscopic Paediatric' pertama di Pantai Timur yang melibatkan lima orang pesakit kanak-kanak.

Pembedahan 'Laparoscopic Paediatric' dijalankan terhadap kanak-kanak yang mengalami masalah buah pinggang dan salur ureter berkembar (Complex Duplex Kidney and Ureter) yang mana setiap pembedahan mengambil masa hampir tiga jam.

pead2

Pakar Bedah Urologi Hospital USM, Dato' Dr. Azhar Amir Hamzah berkata, dengan kemudahan dan kepakaran yang sedia ada di Hospital USM, kita mampu menjalankan prosedur pembedahan ini.

"Sebelum ini kaedah konvensional digunakan untuk pembedahan melibatkan buah pinggang bagi kanak-kanak, namun kini kita mampu mengendalikan kes sebegini dengan kaedah yang lebih baik," ujar beliau.

peads3

Jelas Azhar, kanak-kanak yang menghidap masalah 'Duplex Kidney' ini biasanya sejak dari lahir lagi dan dalam tempoh tertentu ia akan memberi kesan hingga mengakibatkan berlaku jangkitan kepada buah pinggang,' inkontinens' dan seterusnya kerosakan buah pinggang yang serius sehingga perlu menjalani pembedahan.

Selain itu mereka turut mengendalikan masalah lain seperti salur buah pinggang tersumbat (pyeloplasty) dan kes-kes 'neurogenic bladder'.

pead1

Tambah beliau lagi, dalam masa yang sama Unit Urologi turut menganjurkan 'Paed Urologi Workshop' juga yang pertama kali diadakan di Pantai timur untuk membantu bakal pakar bedah dan jururawat melalui pengajaran tentang pelaksanaan prosedur pembedahan 'Laparoscopic Paediatric'.

Bengkel yang berlangsung selama sehari itu dihadiri kira-kira 20 peserta dalam dan luar USM.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud