• HARI JURURAWAT

  • bebasrokk

  • daulat tuanku

  • kempen penjimatan

  • banner larangan membawa makanan

  • kempen bulan kebajikan

  • banner5s3

Berita

GEJALA INKONTINEN URINARI : PEMUSNAH KEHIDUPAN

GEJALA INKONTINEN URINARI : PEMUSNAH KEHIDUPAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 16 Julai 2017 – Kegagalan kawalan pundi kencing ialah satu keadaan di mana kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinen urin) atau dipanggil ‘beser’ dalam sesetengah masyarakat di...

OSCC BERI RAWATAN DAN PENJAGAAN KEPADA PESAKIT YANG TRAUMA

OSCC  BERI RAWATAN DAN PENJAGAAN KEPADA PESAKIT YANG TRAUMA

KOTA BHARU, KELANTAN, 2 Julai 2017 -  Peningkatan kes-kes jenayah seperti rogol, sumbang mahram, penderaan kanak-kanak dari segi seksual dan emosi, liwat, gangguan seksual serta keganasan rumahtangga adalah sangat membimbangkan...

KANSER PAYUDARA, PEMBUNUH UTAMA DI MALAYSIA

KANSER PAYUDARA, PEMBUNUH UTAMA DI MALAYSIA

KOTA BHARU, KELANTAN, 29 Jun 2017 - Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap menyerang penduduk Malaysia sama ada lelaki mahupun wanita. Kajian mendapati kanser ini berada di tempat teratas...

SUMBANGAN RAYA CERIAKAN PESAKIT DI WAD

SUMBANGAN RAYA CERIAKAN PESAKIT DI WAD

USM KUBANG KERIAN, 20 Jun 2017 – ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ adalah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan program yang dianjur oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan dengan menghulurkan bantuan...

HOSPITAL USM TERIMA MESIN RAWAT KANSER TEKNOLOGI TINGGI, KOMITED BERI RAWATAN BERTARAF DUNIA

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) terus berada di hadapan dalam teknologi perubatan apabila membeli dua mesin yang berspesifikasi tinggi dalam merawat penyakit kanser....

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

NAIB CANSELOR SUNTIK SEMANGAT JURURAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT HOSPITAL USM 2017

KUBANG KERIAN, 14 Mei 2017 – Setiap tahun jururawat akan diraikan bagi menghargai jasa dan bakti mereka dalam menggerakkan sasuatu organisasi terutamanya dalam bidang kesihatan. Tanggal 12 Mei dipilih sebagai...

ALAT BANTU PENDENGARAN KAEDAH TERBAIK ATASI MASALAH PENDENGARAN

ALAT BANTU PENDENGARAN KAEDAH TERBAIK ATASI MASALAH PENDENGARAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 April 2017 - Terdapat lebih daripada lima juta penduduk di Malaysia dipercayai mengalami masalah pendengaran. Tanda-tanda awal masalah pendengaran termasuklah kesukaran memahami pihak lain apabila berbual...

USM CAKNA DALAM KESEDARAN KESIHATAN DI SEKOLAH

KOTA BHARU, KELANTAN 16 April 2017  - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjayakan Hari Integrasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Panji bagi memberi kesedaran tentang...

HUSM ANJUR 1st UROLOGY SYMPOSIUM OF PENO-URETHRAL RECONSTRUCTIVE SURGERY

HUSM ANJUR 1st UROLOGY SYMPOSIUM OF PENO-URETHRAL RECONSTRUCTIVE SURGERY

USM, KUBANG KERIAN, 19 April 2017 - Unit Urologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) buat julung kalinya menganjurkan  '1st HUSM Urology Symposium of Peno-Urethral Reconstructive Surgery' bertujuan untuk memberi pendedahan...

HARI KOKURIKULUM DEKATI PELAJAR SDH UNTUK LAHIRKAN GENERASI DINAMIK

HARI KOKURIKULUM DEKATI PELAJAR SDH UNTUK LAHIRKAN GENERASI DINAMIK

USM, KUBANG KERIAN, 13 April 2017 – Sekolah Dalam Hospital (SDH) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Hari Kokurikulum sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun....

LESTARIKAN BUDAYA KORPORAT DALAM PERKHIDMATAN DI HOSPITAL USM

LESTARIKAN BUDAYA KORPORAT DALAM PERKHIDMATAN DI HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, 12 April 2017 – “Budaya kerja perlulah mempunyai matlamat yang sama kerana setiap staf mempunyai tanggungjawab masing-masing”, demikian kata Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr....

HOSPITAL USM CAKNA DALAM KEBAJIKAN PESAKIT

HOSPITAL USM CAKNA DALAM KEBAJIKAN PESAKIT

USM, KUBANG KERIAN, 10 April 2017- Unit Kebajikan Perubatan (UKP), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah membantu hampir 3,000 kes pesakit yang kurang berkemampuan, melibatkan kos kewangan selain memberi khidmat...

PESAKIT DIABETIS PERLU KESAN RETINOPATI UNTUK CEGAH KEBUTAAN

PESAKIT DIABETIS PERLU KESAN RETINOPATI UNTUK CEGAH KEBUTAAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 6 April 2017 -  Diabetes mellitus atau dikenali sebagai penyakit kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh tingginya kadar gula dalam darah akibat gangguan sekresi insulin. Penyakit...

MAKAN MALAM AMAL BESTARI HUSM MERIAH

MAKAN MALAM AMAL BESTARI HUSM MERIAH

KUBANG KERIAN, 2 April 2017- Majlis Makan Malam Amal Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) mendapat sambutan daripada staf dan orang awam yang...

MASYARAKAT PERLU SEDAR BAHAYA GLAUKOMA

MASYARAKAT PERLU SEDAR BAHAYA GLAUKOMA

KOTA BHARU, 27 Mac 2017 - Mata adalah salah satu deria yang amat penting dalam kehidupan manusia. Biarpun menyedari kepentingan mata sebagai deria penglihatan namun masih ramai yang tidak mengambil...

PEKA BANTU KURANGKAN BEBAN PESAKIT KANAK- KANAK

PEKA BANTU KURANGKAN BEBAN PESAKIT KANAK- KANAK

USM, KUBANG KERIAN, 21 MAC 2017 – Prihatin akan derita yang dihadapi oleh pesakit kanak-kanak yang di rujuk kepada Jabatan Pediatrik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-kanak...

HOSPITAL USM LAKSANA PEMBEDAHAN 'LAPAROSCOPIC PAEDIATRIC' PERTAMA DI PANTAI TIMUR

HOSPITAL USM LAKSANA PEMBEDAHAN 'LAPAROSCOPIC PAEDIATRIC' PERTAMA DI PANTAI TIMUR

USM, KUBANG KERIAN, 20 Mac 2017 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Urologi sekali lagi melakar sejarah kejayaan pembedahan sendiri apabila berjaya menjalankan pembedahan 'Laparoscopic Paediatric' pertama di...

PS1 BANTU MASYARAKAT CAKNA BAHAYA KANSER PAYUDARA

PS1 BANTU MASYARAKAT CAKNA BAHAYA KANSER PAYUDARA

KOTA BHARU, 10 Mac 2017 - Pusat Sumber Kanser Payudara (PS1), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan kerjasama AEON Mall Kota Bharu menganjurkan program kesedaran terhadap kanser payudara sempena Hari...

NYANYUK BUKAN GEJALA NORMAL

NYANYUK BUKAN GEJALA NORMAL

USM KUBANG KERIAN, 5 Mac 2017 - Nyanyuk yang berlaku dalam kalangan masyarakat atau dikenali juga sebagai Dementia dari segi istilah perubatan bukan satu gejala normal yang boleh diambil mudah...

DEMENTIA PERLU PENJAGAAN RAPI

DEMENTIA PERLU PENJAGAAN RAPI

KUBANG KERIAN, 4 Mac 2017 –  Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif dan boleh membawa kepada penurunan kualiti hidup dalam menjalankan aktiviti harian serta boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan...

PENDAKAP GIGI PALSU MEMBAWA KESAN MUDARAT JANGKA PANJANG

KOTA BHARU, KELANTAN,  28 Februari 2017 – Zaman sekarang merupakan era globalisasi canggih sehinggakan banyak alat yang telah dipalsukan bagi mengaut keuntungan akibat pentingkan diri sendiri termasuklah memalsukan pendakap gigi yang menjadi tren semasa terutamanya generasi Y.

Dr Norma

Menurut Pensyarah dan Pakar Ortodontik, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Norma Abd. Rahman, antara beberapa punca masyarakat menggunakan pendakap gigi palsu ialah mengikut trend semasa, terikut-ikut dengan selebriti dan artis, menjadi lambang kekayaan bagi sesetengah orang, lebih murah dan tidak memerlukan rawatan rumit, sebagai aksesori dalam senyuman dan harga bagi pendakap gigi palsu adalah dalam lingkungan RM100 hingga RM150 sahaja.

“Pendakap gigi amat penting bagi golongan yang betul-betul memerlukannya untuk membetulkan kedudukan gigi yang tidak teratur, memperbaiki keadaan kesihatan oral sebagai contoh percakapan dan pengunyahan serta memperbaiki keadaan rupa paras tetapi dengan bantuan pembedahan rahang muka.

“Masyarakat sekarang ramai terpengaruh dengan doktor U-Tube yang dikalangan mereka hanyalah orang awam yang memasang pendakap gigi tidak mahir serta tidak mempunyai kelulusan dalam bidang Ortodontik mahupun pergigian,” katanya ketika ditemubual di konti Radio Kelantan FM, dekat sini.

Tambah Norma, pengguna akan membeli pendakap gigi palsu secara online atau membeli dari agen-agen yang menjual di salon-salon kecantikan dan kemudian belajar memasangnya dari U-Tube ataupun tutorial yang dilampirkan bersama pendakap gigi palsu yang dibeli.

“Kandungan bahan-bahan di dalam pendakap gigi palsu adalah tidak berkualiti dan tidak selamat serta boleh menyebabkan beberapa perkara seperti tercekik kerana gam yang digunakan bukan khusus untuk pemasangan pendakap gigi, terjadinya masalah gusi dan gigi rosak, jangkitan kuman seperti AIDS dan Hepatitis kerana tidak disteril, trauma akibat tercucuk pipi dan mukosa mulut yang boleh terjadinya ulser, gigi bergoyang serta tertanggal dari tulang gigi dan keracunan yang boleh menyebabkan kematian.

“Bagi mengelakkan perkara ini semakin menular, masyarakat perlu peka terhadap kesan yang bakal mereka hadapi sekiranya menggunakan pendakap gigi palsu seperti

melaporkan kepada pihak penguatkuasa jika terjumpa sebarang aktiviti yang tidak sepatutnya,” jelasnya lagi.

Norma turut menyarankan supaya masyarakat diluar sana tidak terpengaruh dengan iklan-iklan pemasangan pendakap gigi yang murah dan tersebar melalui media sosial serta berjumpalah dengan pakar pergigian untuk mendapatkan konsultasi sekiranya mempunyai masalah gigi.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria

Foto : Nur Awanis Rosni (Pelajar Intern USM)

Pautan Luar

MSC|My Govermment|HRMIS|Kementerian Pengajian Tinggi|Kelab Kemudi Kelantan

Pengiktirafan

iqnet isobod isolab sirim rakanbayi mesraibadah

Hubungi Kami

PUSAT MEDIA & PERHUBUNGAN AWAM
Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.


Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
prohusm(at)usm.my

Penafian

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

HUSM Cloud