PENDAFTARAN PESAKIT

Unit Rekod Perubatan menyediakan satu folder atau fail yang bernombor pendaftaran unik untuk setiap pesakit yang menerima rawatan di HUSM.  Folder yang sama digunakan setiap kali pesakit berkenaan menerima rawatan.  Semua pesakit mesti mendaftar sebelum menerima rawatan.

Kaunter-kaunter pendaftaran yang disediakan ialah:

Kaunter

Urusan Pendaftaran  Masa Operasi 

 Kaunter Pendaftaran,

 Unit Rekod Perubatan

 

 

 

 Pemeriksaan Perubatan

 Pesakit ke Klinik Pakar berbayar

 Pesakit Temujanji Masuk Wad

 Kes Bersalin

 

8.00pg - 12.00 tghari

2.00ptg - 4.00 ptg

 

 

 

 Kaunter Klinik Rawatan Keluarga

 

 

 Pesakit ke Klinik Rawatan Keluarga

 (kategori percuma & berbayar)

 

8.00 pg - 12 tghari

2.00 ptg - 4.00 ptg 

 

 Klinik Staf

 

 

 Pesakit ke Klinik Staf

 

 

8.10pg - 12.00 tghari

2.00ptg - 4.00 ptg

 

 Kaunter Kecemasan

 

 

 

 Pesakit Kes Kecemasan

 Pesakit Masuk Wad

 Kes Bersalin (selepas waktu pejabat)

 

24 jam

 

 

 

 Klinik Pergigian

 

 Pesakit ke Klinik Pergigian

 

 8.10pg - 12.00 tghari

 2.00ptg - 4.00 ptg

 

Pesakit perlu membawa dokumen-dokumen berikut untuk pendaftaran :

  • Kad/Buku Kedatangan Pesakit HUSM sekiranya pernah menerima rawatan di sini.
  • Kad Pengenalan/Surat Beranak (kanak-kanak)/Paspot/Kad Tentera atau lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Surat rujukan jika berkaitan.
  • Surat Jaminan atau kad pesara atau kad penderma darah jika ada.

Pesakit temujanji ke klinik pakar yang percuma boleh terus mendaftar di klinik yang berkenaan.