MISI
Hospital USM merupakan Hospital Universiti yang menyediakan persekitaran yang mendorong dan menyokong penyusuan susu ibu, dalam usaha untuk memperkasakan kesihatan bayi untuk kesejahteraannya pada hari esok.
VISI
Ke Arah penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif. Penyusuan Eksklusif Untuk Kesejahteraan Kehidupan Ibu dan Bayi
MATLAMAT
Matlamat Jawatankuasa Inisiatif Hospital Rakan bayi adalah untuk:
- Melaksanakan dengan jayanya kesemua 10+2 langkah ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya.
- Memberikan sepenuh komitmen untuk mempromosi penyusuan susu ibu kepada pelanggan Hospital USM dan masyarakat umum.
- Mewujudkan persekitaran yang mesra terhadap penyusuan susu ibu, melalui penyediaan maklumat dan prasarana yang mencukupi.
PIAGAM PELANGGAN
Kami kakitangan Sekretariat Laktasi dan Ahli Jawatankuasa BFHI Hospital USM beriltizam ke arah memperkasakan punyusuan susu ibu melalui penerapan budaya menyokong ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan:
-
- Menyedia dan mengusahakan peningkatan secara berterusan aktiviti yang mendorong ke arah mempromosikan penyusuan susu ibu dalam kalangan komuniti Kampus Kesihatan dan di luar kampus.
- Menyedia program pendidikan penyusuan susu ibu dan pendidikan ibu hamil secara berterusan bagi memenuhi aspirasi membudayakan penyusuan susu ibu melalui ilmu pengetahuan.
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan perawatan yang profesional bagi membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.