Hospital Rakan Bayi

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu (PSI) Hospital Universiti Sains Malaysia

PSI Hospital USM merupakan sekumpulan individu yang memainkan peranan secara aktif dalam mempromosi, menyokong dan melindungi penyusuan susu ibu. Kumpulan ini juga merupakan satu tempat rujukan bagi ibu-ibu yang mengatasi masalah dalam penyusuan atau untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kunseling.

Siapakah ahli Kumpulan ini?

Ahli Kumpulan Sokongan PSI adalah mereka yang sentiasa bersedia untuk membantu ibu-ibu dan pasangan untuk mengatasi masalah-masalah yang dialami di sepanjang fasa menyusui bayi iaitu secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga umurnya dua tahun.

Ahli Kumpulan Sokongan PSI Hospital USM terdiri daripada:

  • Konsultan Penyusuan (laktasi)
  • Pakar Kanak-Kanak dan Neonatologi
  • Pegawai-pegawai Pemakanan
  • Kaunselor-kaunselor penyusuan
  • Ketua Jururawat & Jururawat Laktasi
  • Ibu-ibu yang berjaya di dalam penyusuan secara eksklusif sama ada kembar 1 atau 2 atau kembar 3

Mereka boleh dihubungi pada bila-bila masa terutamanya pada waktu siang.

Sekiranya anda mengalami masalah penysuan, apa yang perlu dilakukan?

Masalah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Anda mungkin tidak yakin untuk menyusui bayi kerana gagal menyusui anak yang terdahulu. Ini mungkin juga merupakan kelahiran bayi pertama anda dan anda berasa tidak yakin dengan keupayaan diri. Masalah biasa seperti kurang air susu, bengkak payudara, puting susu yang tenggelam serta pelbagai lagi masalah boleh menganggu proses menyusu daripada berlaku secara semulajadi. Jangan bimbang, anda hanya perlukan bantuan dan sokongan.

Dapatkan bantuan sama ada daripada:

  1. Suami, ahli keluarga yang terdekat
  2. Ahli Kumpulan Sokongan PSI melalui kaunseling dalam telefon atau membuat temujanji untuk berjumpa dengan mereka
  3. Klinik Laktasi (penyusuan) yang terdapat di hospital atau pusat kesihatan.  Klinik Laktasi Hospital USM dikendalikan oleh Sekretariat Laktasi (Tel: 09-7673623). Klinik ini menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling penyusuan serta rawatan bagi masalah-masalah dalam penyusuan
  4. Jururawat yang melakukan lawatan ke rumah ibu selepas bersalin.

 Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bertukar kepada penyusuan susu formula bukanlah yang terbaik untuk anak anda.  Tempuhilah kesukaran yang berlaku dengan sabar. Bak kata pepatah Melayu "Berakit-rakit ke hulu, berenang renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Menyusui bayi mungkin ada cabaran yang perlu dilalui oleh segelintir ibu, namun berkat kesabaran, anak-anak akan membesar dengan sihat dan sempurna.

Jom Menyusu dengan Susu Ibu!

Hubungi Kami

Unit Laktasi, Hospital USM

Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.

No Tel : 09 767 3623

Penafian

Unit Laktasi Hospital (USM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat ya diperolehi dari laman web ini.

Pelawat

189637
Hari IniHari Ini29
SemalamSemalam69
Minggu IniMinggu Ini98
Bulan IniBulan Ini1806
Hakcipta Terpelihara Unit Laktasi Hospital USM 2021
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768 piksel.
  • Isnin 27-03-2023, 05:18:04

Please publish modules in offcanvas position.