Hospital Universiti Sains Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai usaha untuk mempromosikan penyusuan susu ibu kepada ibu-ibu khususnya dan komuniti di sekeliling mereka umumnya. Perlaksanaan aktiviti untuk mempromosikan penyusuan susu ibu ini, telah mendapat pengiktirafan WHO dan UNICEF melalui penganugerahan sebagai Hospital Rakan Bayi iaitu sebuah hospital yang menyediakan suasana yang mesra dan menyokong penyusuan susu ibu.. Hospital ini melaksanakan dengan sepenuhnya “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) . Kami juga mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi.
Hospital USM telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi sejak tahun 1998