Soalan Lazim Hospital Rakan Bayi
a) Apakah Hospital Rakan Bayi?
Hospital Rakan Bayi adalah Hospital yang mengamalkan kesemua sepuluh langkah + 2 perkara kearah penyusuan susu ibu yang berjaya (nanti kak zura lampirkan)
b) Apakah kelebihan Hospital Rakan Bayi?
Semua staf komited dalam membantu menjayakan penyusuan susu ibu dari mula ibu bersalin dengan mengamalkan sentuhan kulit ke kulit, membantu ibu dalam melakukan pelekapan dan posisi ibu dan bayi semasa penyusuan, Menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk ibu untuk menyusukan bayi walaupun terpaksa berpisah dengan ibu.