Payudara mempunyai bentuk dan saiz yang pelbagai. Kepelbagaian saiz dan bentuk payudara, kebiasaannya tidak akan menghalang bayi untuk menyusu.
Pada bahagian luar payudara, anda boleh nampak:
vPuting – yang mempunyai ~ 25 pembukaan saluran susu
vAreola – bahagian yang berwarna gelap mengeliling puting
vKelenjar Montgomery – menghasilkan cecair berminyak untuk memberikan kelembapan
Pada bahagian dalam payudara, terdapat:
vAlveoli – untuk menghasilkan susu
vSelotot – mengelilingi alveoli dan membantu pengecutan alveoli untuk merembeskan susu
vSaluran kelenjar susu – mengalirkan susu dari alveoli ke puting
vTisu dan lemak – memberi bentuk kepada payudara