LEAN
- Butiran
- Kategori: Uncategorised
- Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 04:54
- Ditulis oleh Salmiza
- Jumlah paparan: 1001
PENGENALAN LEAN
7 Waste atau 7 pemborosan ini pertama kali diperkenalkan oleh Taiichi Ohno yang bekerja di TOYOTA jepun dalam Sistem Produksi Toyota atau TOYOTA PRODUCTION SYSTEM. Terdapat 2 jenis Waste (Muda) yang mendasar yang harus dipertimbangkan dalam melakukan analisis penghilangan Waste (Muda) diantaranya jenis Obvious (Jelas) dan jenis Hidden (tersembunyi)
MAKSUD LEAN
Perkataan "LEAN" menjadi terkenal apabila Womack dan Jone menerbitkan buku Lean Thinking pada tahun 1996. Perkataan Lean dalam konteks kualiti dan kos bermaksud Efisyen. Efisyen bermaksud menjalankan aktivit dengan mengoptimakan sumber, termasuklah masa, sumber manusia, tenaga dan juga kewangan. Dalam masa yang sama, memenuhi kehendak pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
TUJUAN UTAMA LEAN
Tujuan utama Lean adalah menghapuskan pembaziran. Sebelum perkataan Lean digunakan, teknik yang sama digunakan oleh Lean adalah TPS ataupun Toyota Production System. TPS telah diamalkan oleh pihak Jepun semenjak tahun 60-an kerana kekurangan sumber, termasuklah tanah dan sumber asli. Jadi mereka perlu memikirkan bagaimana untuk mengoptimakan sumber-sumber yang ada.
PELAKSANAAN LEAN DI HOSPITAL USM
- Diperkenalkan pada 26 Februari 2014 dengan bengkel pertama
- Fasa 1 berakhir pada 3 Disember 2014 dengan pengiktirafan IPTA pertama melaksanakan Amalan pengurursanLean Healthcare
- Fasa 2 bermula pada Mei 2015 sehingga Februari 2016
- Terdapat 5 kumpulan termasuk 1 kumpulan dari Unit Kejururawatan bagi Fasa 1 dan Fasa2 kumpulan dari Unit Kejururawatan bagi Fasa 2
- Fasa 1 : Kumpulan Kango-Shi
- Fasa 2 : Kumpulan KidsMa dan Kumpulan MediSurg
KUMPULAN DARI UNIT KEJURURAWATAN
KUMPULAN KANGO-SHI
Tajuk projek : Proses Pengurusan Pesakit Untuk Prosedur ESWL di Dewan Bedah
KUMPULAN KIDSMA
Tajuk Projek : Mempercepatkan Proses Pengurusan Ibu Bersalin Secara Normal di Hospital USM
KUMPULAN MEDISURG
Tajuk Projek : Mempercepatkan Proses Pengurusan Discaj Pesakit Bagi Wad Medikal