Soalan Lazim

 

 

Ulama Mazhab Syafi'i berbeza pandangan tentang hukum memakai cincin besi.

Menurut Imam Abu al-Qasim Abdul Rahman al-Furani al-Marwazi dan Imam Abu al-Khair Yahya al-Imrani al-Yamani, hukum memakai cincin besi adalah makruh.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Buraidah radhiallahu anhu,

أَنَّ رَجُلًا جَاءَ إلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ خَاتَمٌ مِنْ شَبَهٍ قَالَ : مَالِي أَجِدُ مِنْكَ رِيحَ الْأَصْنَامِ فَطَرَحَهُ ثُمَّ جَاءَ ، وَعَلَيْهِ خَاتَمٌ مِنْ حَدِيدٍ فَقَالَ : مَالِي أَرَى عَلَيْكَ حُلَّةَ أَهْلِ النَّارِ فَطَرَحَهُ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ أَيِّ شَيْءٍ أَتَّخِذُهُ ؟ فَقَالَ اتَّخِذْهُ مِنْ وَرِقٍ وَلَا تُتِمَّهُ مِثْقَالًا

“Sesungguhnya telah datang seorang lelaki kepada Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan memakai cincin daripada besi. Maka baginda bersabda: “Kenapa aku melihat engkau memakai perhiasan ahli neraka?” Maka dia pun melemparkannya. Maka dia bertanya: “Wahai Rasulullah, daripada bahan apakah saya boleh memakainya?” Baginda bersabda: “Daripada perak, dan janganlah engkau menyempurnakannya hingga mencapai ukuran satu misqal.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi).

Walau bagaimanapun, menurut Imam al-Nawawi dan Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari, sanad hadis ini dhaif.

Manakala menurut pendapat yang muktamad pula, hukum memakai cincin besi adalah harus dan tidak makruh.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd radhiallahu anhu, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda kepada seorang lelaki yang baginda ingin nikahkan:

 الْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ

"Carilah (mahar), walaupun sebentuk cincin daripada besi."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 19 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1719911