Pengenalan

Sejarah & Perkembangan

Unit Rekod Perubatan telah mula beroperasi serentak dengan penubuhan Hospital USM pada Oktober 1983. Semasa permulaanya, ia hanya mempunyai 5 orang staf termasuk seorang Pegawai dan seorang Kerani. Lokasi awal unit ini ialah ditingkat bawah Bangunan Hospital.

Dalam bulan pertama, unit ini mengendalikan sebanyak 691 rekod pesakit luar sahaja. Dalam bulan berikutnya hospital mula menerima pesakit dalam menjadikan jumlah rekod pesakit di unit ini meningkat kepada 1381 rekod.

Unit Rekod telah berkembang dengan pesat tahun demi tahun sejajar dengan peningkatan jumlah pesakit dan perkembangan hospital. Sehubungan itu, saiz kawasan dan bilangan staf juga telah ditingkatkan untuk menjamin kualiti pengurusan.

Berdasarkan laporan statistik 1997, terdapat sejumlah 192043 rekod pesakit telah dikendalikan oleh unit ini. Dari jumlah itu, 27130 adalah pesakit dalam dan 164913 adalah dari pesakit luar dengan jumlah katil ialah sebanyak 639.

Pada tahun 2001, lokasi di Kaunter Pendaftaran Setempat telah dikembangkan. Pada bulan November 2001, kaunter pendaftaran baru mula beroperasi. Pejabat Am dan Perpustakaan Rekod beroperasi sepenuhnya di lokasi baru ini pada November 2002. Sebanyak 538,900 folder aktif dan tidak aktif telah dipindahkan dalam tempoh 4 bulan. Sehingga Disember 2003, jumlah rekod yang dikendalikan ialah sebanyak 550,000 rekod dengan purata pergerakan ialah sebanyak 5000 rekod sehari.

Pada tahun 2007, jumlah folder yang dikendalikan ialah sebanyak 660,000 dan sebanyak 284,900 rekod pesakit tidak aktif 10 tahun telah dilupuskan mulai April 2007.

Pada September 2018, terdapat 555,000 rekod pesakit di mana 328,000 rekod pesakit aktif dan 227,000 tidak aktif.

Kini Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Operasi .

 

Fungsi 

Fungsi utama Unit Rekod Perubatan ialah  menyimpan, menyedia dan mengawal rekod-rekod pesakit, menjaga kerahsiaan maklumat kesihatan, mengekod penyakit dan pembedahan pesakit, menjaga ketepatan data demografik pesakit, dan menyediakan statistik hospital (klinikal dan bukan klinikal) untuk pengurusan, penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.

Antara aktiviti utama ialah :

Mendaftar pesakit yang akan menerima rawatan di HUSM.
Menyediakan rekod pesakit untuk rawatan, kajian, pembelajaran dan lain-lain.
Menyimpan, mengawal dan mengemaskini rekod pesakit.
Menjilid rekod pesakit dalam.
Mengurus permohonan laporan perubatan pesakit dan laporan Lembaga Perubatan.
Mengumpul dan menganalisa statistik hospital.
Penyediaan Maklumat Klinikal.
Melapor kes-kes Penyakit Berjangkit.
Menghantar Ringkasan Discaj pesakit kepada perujuk.
Urusan Borang-borang rekod pesakit.
Penyediaan Nota Discaj pesakit dalam.

 

Perjawatan 

(sehingga 30 September 2018)

Pegawai Rekod Perubatan

N41-N52

6

Setiausaha Eksekutif

N29

1

Penolong Pegawai Tadbir

N32

1

Pembantu Tadbir

N19-N22

23

Pembantu Operasi

N11-N14

31

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 21 Januari 2019.
Jumlah Pengunjung
210162