Pengenalan

Unit Perubatan Transfusi  atau dahulu dikenali sebagai Unit Tabung Darah mula beroperasi pada 01 Ogos 1983 seiring dengan penubuhan Hospital Universiti Sains Malaysia dan  merupakan salah satu unit di bawah pentadbiran Hospital USM yang menyediakan perkhidmatan diagnostik, terapeutik, penyelidikan, dan pembelajaran.

Secara rasmi, unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 1984 dengan kakitangan seramai 13 orang yang diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan. Pada 22 Januari 1984, Makmal Tabung Darah mula menawarkan ujian-ujian yang bersangkutan dengan penggunaan darah kepada pesakit dan menghasilkan komponen darah untuk kegunaan transfusi. Selaras dengan perkembangan dalam bidang transfusi, unit ini bukan sahaja berperanan membekalkan darah, malah turut memberikan khidmat terapeutik.

Unit Tabung Darah telah ditukar nama kepada Unit Perubatan Transfusi bermula pada 01 Jun 2003. Selaras dengan objektif universiti untuk menjadikan USM sebagai pusat rujukan dan penyelidikan pakar dari dalam dan luar negara, unit ini sentiasa menilai dan membentuk perkhidmatan-pekhidmatan baru yang berkaitan dengan bidang perubatan transfusi.

Unit Perubatan Transfusi Hospital USM terletak di aras bawah Blok 218 iaitu di antara Makmal Pemonitoran Drug Terapeutik dan Makmal Endokrin serta berhampiran Jabatan Pembangunan USM.

UPT

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 04 November 2019.
Jumlah Pengunjung
692093