PENGENALAN

Unit Pembangunan Korporat [UPK] pada awalnya dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Korporat [BPK] dimana ditubuhkan pada 8 Mei 2002 dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah di rancang oleh pihak pengurusan Hospital USM ketika itu. Antara aktiviti BPK ketika itu adalah seperti menjaga kepentingan aktiviti penjanaan kewangan oleh Hospital USM, Memastikan semua transaksi yang diberikan adalah melalui USAINS dimana BPK bertindak sebagai Penyelaras kepada USAINS dalam penggunaan kemudahan dan harta modal yang terdapat di Hospital USM oleh pihak luar, Memastikan semua perkhidmatan yang diberikan kepada pihak luar adalah di atas kos operasi dengan sedikit margin keuntungan dan menjamin perkhidmatan sediaada di Hospital USM tidak akan terjejas.

        Pada awal Tahun 2017, Unit Pembangunan Korporat telah diperkasa dengan penambahbaikan struktur organisasi dimana Y. Bhg. Prof. Madya Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @Ab. Ghani telah dilantik sebagai Penyelas Unit Pembangunan Korporat dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir, Puan Azizah Mohd Yasin beserta tiga orang kakitangan pentadbiran yang lain.

       Di bawah Unit Pembangunan Korporat terdapat beberapa cabang penjanaan antaranya Medical Implant Devices Unit [MIDU] yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2017 serta Wad Korporat [2TD] Hospital USM yang beroperasi pada akhir tahun 2017. Selain daripada aktiviti tersebut terdapat lain-lain penjanaan yang dijalankan di bawah Unit Pembangunan Korporat antaranya sewaan ruang, latihan pelajar & staf serta lain-lain aktiviti penjanaan yang dijalankan tanpa menjejaskan teras kepada pesakit.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 04 November 2019.
Jumlah Pengunjung
692091