Pengenalan

Pengenalan

Unit Pemakanan dan Dietetik mula ditubuhkan pada 1983 sebagai penyokong penubuhan awal HUSM dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Unit ini mengendalikan Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Penyediaan dan Sajian Makanan Pesakit.

Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) diketuai oleh seorang Pegawai Dietetik U52, 8 orang Pegawai Dietetik, 7 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, 4 orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (KUP), seorang Setiausaha Eksekutif, 2 orang Pembantu Tadbir(Perkeranian & Operasi), 23 orang Pembantu Penyediaan Makanan, 2 orang Pembantu Operasi (Pejabat), 49 orang Pembantu Operasi (Sajian) dan seorang Pembantu Awam.

 

Peranan Unit Pemakanan dan Dietetik

Terdiri dari dua entiti perkhidmatan utama:

  1. Perkhidmatan klinikal dietetik (perkhidmatan Pesakit Dalam dan Pesakit Luar)
  2. Perkhidmatan makanan (menyedia dan membekalkan diet pesakit.

 

Objektif  Unit Pemakanan dan Dietetik:-

  1. Berfungsi sebagai satu komponen penting bagi hospital pendidikan, pengajaran dan penyelidikan dalam bidang / perkhidmatan Makanan & Dietetik bagi Universiti Sains Malaysia. 
  2. Mengadakan kemudahan bagi pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang Pemakanan & Dietetik yang akan dijalankan oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Farmasi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju dan mana-mana Pusat Pengajian, Institut, Pusat Akademik, Pusat Penyelidikan dan Akademi Universiti 
  3. Bekerjasama menyediakan kemudahan bagi keperluan pendidikan, pengajaran dan penyelidikan perubatan dan kesihatan terutama berkaitan perkhidmatan Pemakanan & Dietetik dengan mana-mana institusi di dalam dan/atau luar negara sebagaimana yang dibenarkan oleh Universiti.
  4. Melaksanakan perkhidmatan penyediaan dan sajian makanan pesakit dalam Hospital USM yang berkualiti dan memberi perkhidmatan Terapi pemakanan Klinikal yang optimum kepada pesakit di Hospital USM.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 04 November 2019.
Jumlah Pengunjung
692089