Selamat Datang ke Unit Klinikal

Pengenalan

 
Unit Klinikal dahulunya dikenali sebagai Unit Sokongan Klinikal telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Klinikal pada waktu itu, iaitu Dr Mohd Rosdi Ab Rahman. Unit ini adalah salah sebuah unit yang  berada di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Kanan (Klinikal) . Sebelum ini Unit Sokongan Klinikal menyelaras aktiviti perkhidmatan sokongan klinikal Hospital USM dan terdapat beberapa unit yang diurus secara langsung dan tidak langsung. Unit yang di bawah pengurusan secara langsung adalah Pejabat Penyelaras Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan serta Unit Membersih dan Mengemas (Unit 2M) manakala tidak langsung terdiri dari Unit Kejururawatan dan Unit Pemulihan Perubatan. Berkuatkuasa 28 Mei 2017 pengurusan Pembantu Perawatan Kesihatan serta Unit 2M telah dipusatkan di bawah pengurusan Unit Kejururawatan.
 
Selari dengan penstrukturan semula pengurusan Hospital USM, bermula 1 Mac 2018 unit ini telah ditukar nama kepada Unit Klinikal dan beroperasi di Aras 2, Blok Pentadbiran Hospital USM. Unit Kejururawatan tidak lagi berada di bawah seliaan unit ini. Unit ini bertanggungjawab menyelaras perkhidmatan klinikal di Hospital USM untuk memenuhi fungsi sebagai hospital pendidikan, pengajaran dan penyelidikan bagi Universiti Sains Malaysia di samping memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan serta sebagai pusat rujukan bagi faedah masyarakat.
 
Jumlah staf di bawah kawalan unit ini adalah seperti berikut :
 
Pegawai Perubatan 82 Orang
Penolong Pegawai Perubatan 65 Orang
Pembantu Tadbir 1 Orang
Pembantu Operasi 1 Orang
 
Terdapat 4 orang pegawai perubatan UD54, seorang penolong pegawai perubatan U36 dan seorang penolong pegawai perubatanU32 ditempatkan di Unit Klinikal sebagai penyelaras dan melakukan tugas-tugas berkaitan  pengurusan. Selebihnya ditempatkan di Jabatan-jabatan bagi tugas perawatan
 
 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 04 November 2019.
Jumlah Pengunjung
692093