Pengenalan

Pusat Islam Hospital USM dahulunya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Islam Hospital USM mula ditubuhkan pada bulan April 2004 bermula dengan pengambilan seorang Pegawai Hal Ehwal Islam. Ianya bermula hasil cetusan idea oleh Pengarah Hospital USM pada ketika itu iaitu Dr. Ramli Saat yang menginginkan Hospital USM menjadi sebuah hospital yang mengamalkan konsep islamik dalam perawatan dan menjadi pelopor kepada konsep Hospital Mesra Ibadah di Hospital seluruh Malaysia.

Pengamalan konsep hospital Mesra Ibadah ini diteruskan dan semakin berkembang dengan penglibatan Pengarah Hospital USM yang seterusnya iaitu Dr. Zaidun Kamari, dan juga staf-staf Hospital USM yang sama-sama membantu Unit Hal Ehwal Islam untuk menjadikan Hospital USM sebagai Hospital Mesra Ibadah yang pertama di Malaysia. Pelbagai aktiviti kerohanian, latihan, dan bengkel ibadah pesakit dilaksanakan dalam usaha memartabatkan Konsep Hospital Mesra Ibadah di Hospital USM.

Bagi memantapkan lagi konsep Hospital Mesra Ibadah dan berdasarkan kepada keperluan semasa, pihak Pengurusan Hospital USM telah menambah lagi perjawatan pada tahun 2005 iaitu seorang Pembantu Tadbir yang akan menguruskan segala urusan berkaitan dengan surat menyurat dan pengurusan pejabat. Selepas itu pada tahun 2007 dua orang Pembantu Hal Ehwal Islam dilantik untuk membantu Pegawai hal Ehwal Islam menguruskan segala aktiviti berkaitan dengan Hospital Mesra Ibadah. Selepas itu seorang lagi Pegawai Hal Ehwal Islam dilantik untuk menjadi nadi dan mengukuhkan perjalanan Unit Hal Ehwal Islam pada masa itu. Pada tahun 2009 seorang lagi Pembantu Hal Ehwal dilantik untuk membantu dan memperkemas Unit hal Ehwal Islam agar perjalanan unit berjalan dengan lancar dan teratur.

Pada tahun 2014, Unit Hal Ehwal Islam telah bergabung dengan Pusat Islam Kampus Kesihatan dan segala aktiviti adalah dibawah seliaan Pusat Islam. Unit Hal Ehwal Islam telah ditukar nama kepada Pusat Islam Hospital USM dan penempatan adalah di tempat yang sama di Hospital USM. Pada tahun 2015, seramai tiga orang Pembantu Hal Ehwal Islam telah diambil dan menjadikan semua staf Pusat Islam Hospital seramai tujuh orang sehingga ke hari ini.

Pada tahun 2017, Pusat Islam Hospital telah diambil alih oleh Hospital USM dan diletakkan dibawah selian Pejabat Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM yang diketuai oleh Dr. Ariffin Marzuki Bin Mokhtar sehingga sekarang.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 21 Januari 2019.
Jumlah Pengunjung
210163