UTAR

  • lawat2

    KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Ogos 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima lawatan 33 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Psikologi dan 3 orang pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Neurokognitif Brainetwork serta Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan (ARASC).

    Menurut Pensyarah Psikologi UTAR selaku ketua lawatan ini, Glory Nancy Viapude, lawatan ini sangat bermakna bagi pelajar-pelajarnya sebagai kesinambungan daripada apa yang mereka pelajari di dalam kelas.

    lawat1

    “Para pelajar dapat melihat dengan lebih dekat kemudahan penyelidikan yang tersedia dan memahami penyelidikan yang dijalankan, manakala di rumah haiwan pula, mereka melihat sendiri kemudahan penyelidikan klinikal yang melibatkan haiwan dan binatang kecil,” katanya.

    Taklimat disampaikan oleh Penyelaras Pusat Sains Neurokognitif Brainetwork, Profesor Dr. Zalina Ismail, pembentangan projek dan penyelidikan pelajar siswazah (PhD), Norlinda Abd. Rashid dan Asma Ulhusna Shaimi serta taklimat oleh Penyelaras ARASC, Dr. Norziah Ghani.

    lawat3

    Menurut Zalina, pelbagai hasil kajian yang dijalankan oleh Pusat Sains Neurokognitif Brainetwork dan ARASC penting dikongsi bersama masyarakat bagi mengekalkan fungsi jabatan dalam menyebarluaskan maklumat sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan USM.

    Rombongan lawatan kemudiannya dibawa ke Pusat Sains Neurokognitif Brainetwork dan ARASC untuk melihat pelbagai kajian dijalankan di sini.

    Teks : Shazleen Hashim / Foto : Muhamad Saidi Hamzah

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 04 November 2019.
Jumlah Pengunjung
692107