Derma Darah

  • UPT SERU WARGA KAMPUS DERMA DARAH

    KUBANG KERIAN, 2 Mac 2016 – Unit Perubatan Transfusi (UPT) Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) telah mengadakan program derma darah peringkat kampus kesihatan. Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada warga kampus dan masyarakat.

    derma2

    Menurut Penolong Pegawai Tadbir UPT, Nur Maria Hashim, program ini diadakan untuk menyeru masyarakat supaya sedar akan kebaikan menderma darah. “Harapan program ini juga untuk meningkatkan orang ramai menderma darah supaya dapat menstabilkan bekalan darah” ujarnya.

    Tambah Maria, UPT mensasarkan sekurang-kurangnya 350 orang penderma untuk hari ini. Target sasaran unit ini adalah warga staf USM, jabatan kerajaan, sekolah, dan masyarakat awam.

    derma1

    Menurut salah seorang penderma, Bekas Naib Presiden Sime Darby, Hj. Abdul Wahad Mat Saad, “Kesedaran untuk menderma darah bermula apabila salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit dan memerlukan bekalan darah. Saya terpanggil untuk membantu menderma darah kepada pesakit yang memerlukan darah seperti mereka yang ditimpa kemalangan, kehilangan darah dan pesakit kronik. Dahulu, kami sekeluarga juga diibaratkan seperti ‘Pengemis Darah’ untuk menyelamatkan ahli keluarga yang memerlukan”.

    “Manfaat menderma boleh mengetahui penyakit melalui ujian saringan darah dan dapat mencegah pelbagai penyakit”, katanya lagi.

    Menurut salah seorang staf Hospital USM, Mat Hussain telah menderma sebanyak 102 kali mengatakan, kelebihan menderma darah memudahkan beliau untuk bangun di awal pagi. “Perubahan tahap kesihatan saya dapat dirasai selepas seminggu menderma seperti badan berasa lebih ringan dan cergas”.

    Beliau juga merupakan seorang penderma regular yang menderma darah setiap tiga bulan sekali untuk meningkatkan kesihatannya.

    “Saya juga menyeru kepada warga USM agar bersama-sama untuk membantu mereka yang memerlukan dengan menderma darah. Sesungguhnya menderma adalah satu ibadah”.

    Teks: Siti Nur Zainab, Normimi Shahira, W.Nurul Azreen, Nor Arina & Nuradlin Syafini. (Pelajar Internship)

    Foto: Mohd Zulkifli Zakaria.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 19 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1719730