MENANGANI ISU KEKEBALAN KUMAN TERHADAP ANTIBIOTIK

KOTA BHARU, KELANTAN, 28 Oktober 2018 - Antibiotik merupakan sejenis sebatian kimia yang terhasil sama ada secara semulajadi atau dari proses sintetik yang digunakan untuk melawan jangkitan mikroorganisma terutama bakteria.

Antibiotik bertindak terhadap kuman bakteria atau protozoa dalam hos (perumah) atau semasa ujikaji di makmal melalui dua cara iaitu menerusi kaedah merencat pertumbuhan dan kaedah memecahkan serta membunuh sel mikroorganisma. 


Menurut Pensyarah Perubatan Mikrobiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Nor Amilah Wan Abdul Wahab,  penggunaan antibiotik tidak terhad untuk rawatan dan pencegahan jangkitan terhadap manusia dan haiwan semata-mata. 

Dr Wan Nor Amilah Wan Abdul Wahab

“Penggunaan yang meluas tanpa kawalan dan indikasi yang spesifik telah menjadi salah satu punca utama terbitnya bakteria bermutasi sehingga menghasilkan molekul kekebalan apabila ubat yang sama digunakan kemudian hari.

“Keadaan akan menjadi lebih parah apabila bakteria berupaya memindahkan gen kekebalan terhadap antibiotik antara spesis yang sama dan juga berlainan serta mengakibatkan terjejasnya keberkesanan antibiotik untuk merawat serta mencegah penularan wabak,” jelasnya semasa menjadi tetamu di rancangan Doktor Di Radio Kelantan FM, di sini.

Wan Nor Amilah berkata, peningkatan kes-kes penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang kebal ini dapat dikenalpasti dari masa ke masa melalui hospital atau pusat jagaan kesihatan dan juga dalam komuniti.

“Kesan negatif jangka pendek dan jangka panjang kepada individu, masyarakat dan negara akan berterusan seandainya perkara ini dipandang ringan serta tidak dibendung secara serius.

“Usaha untuk menangani masalah kekebalan kuman terhadap antibiotik memerlukan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk mengurangkannya daripada terus merebak,” ujarnya lagi.

Teks/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 04 November 2019.
Jumlah Pengunjung
692120