500 PESERTA MERIAHKAN 'WALK FOR HEART' SEMPENA HARI JANTUNG SEDUNIA

WALK FOR HEART1

USM KUBANG KERIAN, 29 September 2018 - Ungkapan 'Sayangi Jantung Anda' begitu sinonim dengan masyarakat. Namun, sejauh manakah kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan jantung?

Demi menyahut seruan gaya hidup sihat, Persatuan Kardiotorasik Kelantan dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menganjurkan program 'Walk For Heart' sempena Hari Jantung Sedunia dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan jantung.

WALK FOR HEART3

Hari Jantung Sedunia yang disambut setiap tahun ini merupakan dasar untuk meningkatkan kesadaran tentang Penyakit Kardiovaskular (CVD), serta membantu orang awam untuk melawan dan menurunkan beban penyakit jantung secara global.

Seramai 500 peserta terdiri dari pelbagai peringkat umur menyertai program tersebut yang memerlukan peserta berjalan sejauh tiga kilometer sebagai simbolik berjalan adalah merupakan salah satu aktiviti sihat dan seiring dengan program #USMFIT.

WALK FOR HEART2

Gimik perasmian 'Walk For Heart' telah disempurnakan oleh Penasihat Persatuan Kardiothorasik Kelantan, Profesor Dato' Dr Haji Mohamad Ziyadi Ghazali dan turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Kardiothorasik Kelantan, Dr Zuhdi Mamat.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Sazuwan Shasdan

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 04 November 2019.
Jumlah Pengunjung
692089