PELAKSANAAN KADAR CAJ BAHARU T20 BERMULA 1 OKTOBER 2018

USM KUBANG KERIAN, 1 Oktober 2018 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) akan memulakan  kadar caj baharu terhadap pesakit  yang menerima rawatan terdiri daripada golongan berpendapatan tertinggi (T20) dan bukan warganegara bermula hari ini (1 Oktober 2018) dan digunapakai di semua klinik-klinik pakar yang terdapat di Hospital USM.

KADAR CAJ BAHARU T201

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr Nik Min Ahmad, bagi golongan berpendapatan rendah atau (B40), kadar caj yang dikenakan tidak berubah.

“Kadar caj pendaftaran pesakit di klinik-klinik pula masih tidak berubah dan tiada caj baharu dikenakan kepada pesakit yang menerima rawatan di Hospital USM.

KADAR CAJ BAHARU T202

“Pelaksanaan kadar caj baharu bagi pesakit T20 dan bukan warganegara telah dipersetujui oleh pihak pengurusan tertinggi USM untuk dilaksanakan di klinik-klinik berasaskan surgikal sebagai permulaan,” katanya ketika menyampaikan taklimat dalam Majlis Sesi Pendengaran Awam: Pelaksanaan Kadar Fi Fasa 3 Hospital USM, baru-baru ini.

Tambah Nik Min, semua perkhidmatan di Hospital USM bagi golongan T20 akan dikenakan dengan kadar caj baharu termasuk perkhidmatan USAINS.

KADAR CAJ BAHARU T203

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Bendahari Kampus Kesihatan, Syed Ahmad Kamil Syed Zakaria, Penolong Bendahari Kanan, Dr Maziana Zakaria, pakar-pakar klinikal dan ketua-ketua jabatan serta unit Hospital USM.

Teks : Wan Salizawati Wan Ismail / Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 04 November 2019.
Jumlah Pengunjung
692102