TOWNHALL: PENGURUSAN RUJUKAN KES CT SCAN KE FASILITI KKM

USM KUBANG KERIAN, 8 Oktober 2018 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif mengadakan Sesi Pendengaran Awam (Townhall) berkenaan pengurusan rujukan kes CT Scan ke Fasiliti Hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan CT Scan di Hospital USM berada dalam tempoh selenggara.

Dr Nik Min

Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Dr Nik Min Ahmad melihat perkara ini adalah sesuatu yang amat penting dan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan secara baik melalui perbincangan dengan semua pihak terlibat.

"Hospital USM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) dilihat saling memerlukan antara satu sama lain bukan saja dalam kes-kes rujukan CT Scan malah dalam apa jua kes rujukan lain. Namun, kita memahami beban sedia ada di HRPZ II, oleh yang demikian hanya kes kecemasan sahaja akan dirujuk ke sana.

"Ini penting bagi memastikan  keselamatan pesakit terutama bagi kes kecemasan yang perlu menjalani prosedur CT Scan pada kadar segera," katanya.

Menurut Nik Min, memandangkan persetujuan di antara Hospital USM dengan HRPZ II telah dicapai, pentingnya penyelarasan atau pencerahan dilakukan di peringkat bawahan supaya tidak timbul masalah yang boleh menggangu proses perjalanan kes rujukan ini.

dr

"Selain penambahan staf dan ambulan untuk memenuhi permintaan sekira diperlukan dalam kadar segera dan juga mengurangkan masa menungu di pihak HRPZ II, pihak Hospital USM turut menyediakan keperluan bahan seperti Contrast IV dan CD berikutan stok di HRPZ II adalah terhad.

"Bagi mengelakkan masalah komunikasi pula hanya dua pihak dikenal pasti untuk berurusan dengan HRPZ II iaitu Jabatan Radiologi dan Jabatan Kecemasan di samping semua kes rujukan CT Scan perlu mendapat kebenaran pakar terlebih dahulu," ujarnya.

Kaedah bayaran turut diperkemaskan dengan penggunaan borang dari Jabatan Radiologi yang akan digunapakai bagi setiap kes rujukan samada ke HRPZ II, Hospital Kuala Krai atau Hospital Tanah Merah.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim dan Timbalan Pengarah Perubatan HRPZ II, Dr Mohd Azman Yacob.

Teks: Mohd Hafiz Ya'acob / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

Pengiktirafan

Logo 1 StandardsLogo 3 UKASLogo 4 IQnetLogo 2 ilac MRA            rakanbayi mesraibadah

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 21 Januari 2019.
Jumlah Pengunjung
210162