PRP: KAEDAH RAWATAN BAHARU SAKIT LUTUT DI HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN , 8 Julai 2020 – Berita baik buat rakyat negeri Kelantan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terus membantu masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan baharu untuk mereka yang menderita sakit lutut iaitu terapi ‘Platelet Rich Plasma’ (PRP).

PRP adalah komponen darah mengandungi cecair yang boleh menggalakkan pertumbuhan sel induk (growth factor) dan tergolong dalam ‘regenerative medicine’ atau dengan kata lain menghidupkan kembali tisu-tisu yang telah rosak atau cedera.

c83b094b c1c8 45d1 9904 23564c74f7ab

Menurut Pakar Rawatan Kesakitan, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr Kamaruddin Ibrahim, secara umumnya, terapi PRP digunakan untuk merawat kecederaan atau kesakitan yang melibatkan sendi-sendi, fascia dan tendon-tendon.

“Tisu-tisu yang rosak biasanya adalah tulang rawan seperti yang terdapat dalam sakit lutut (Osteoarthritis), fascia dalam sakit tapak kaki (Plantar Fasciitis) dan tendon dalam sakit bahu (Rotator Cuff Tendinopathy).

68b9dec1 c559 4f8b b065 156092e6bc78

“PRP berfungsi untuk membaiki semula tisu yang tercedera dalam lutut pesakit dan mereka yang ingin melakukan prosedur terapi ini perlu mendapatkan nasihat daripada doktor pakar bagi menentukan berapa kali pesakit perlu menjalani rawatan tersebut,” ujarnya.

Tambah Kamaruddin, terdapat beberapa peringkat bagi prosedur terapi PRP seperti suntikan sebulan sekali selama tiga bulan atau enam bulan berturut-turut atas nasihat pakar yang akan menentukan berdasarkan penyembuhan yang dirasai oleh pesakit itu sendiri.

“Hospital USM mempunyai doktor pakar yang mendalami ilmu PRP di luar negara dan mempraktikkan rawatan ini sejak tahun 2018 dan segala peralatan yang diperlukan untuk menyediakan PRP telah siap dan sedia untuk beroperasi.

7ef7abf1 c226 4532 86c1 3d7ad1fcdb1a

“Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan PRP boleh menghubungi Klinik Rawatan Kesakitan (Pain Clinic) Hospital USM ditalian 097674178 atau 097674248 untuk mendapatkan tarikh dan masa temujanji serta maklmat lanjut berhubung perkhidmatan yang ditawarkan,” jelasnya lagi.

Kamaruddin berkata, caj rawatan yang akan dikenakan untuk suntikan PRP ini adalah lebih murah berbanding kadar caj PRP yang dikenakan perkhidmatan kesihatan swasta yang lain.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Isnin 19 Oktober 2020.
Jumlah Pengunjung
1719876