KESAN AWAL BARAH PAYUDARA UBAH PERSEPSI DIRI

KESANAWALBARAHPAYUDARAUBAHPERSEPSIDIRI

USM KUBANG KERIAN, 10 Mac 2020 – “Barah payudara bukan lagi perkara asing bahkan ia merupakan penyakit yang cukup dikenali walaupun mencatatkan kenaikan saban tahun, namun tahap kesedaran tentang bahaya penyakit tersebut khususnya dalam kalangan wanita masih berada di takuk lama”, demikian kata Pengarah 'Breast Cancer Research Symposium 2020', Dr Noor Fatmawati Mokhtar.

Menurutnya, simposium tersebut diadakan bertujuan untuk mengumpul para penyelik dan mereka yang melakukan penyelidikan berkaitan barah payu dara untuk membincangkan bagaimana cara terbaik mengetengahkan hasil penyelidikan kepada masyarakat.

"Jika dibandingkan dengan negara-negara di sebelah barat, Malaysia jauh ketinggalan terutamanya dari sudut kesedaran masyarakat tentang bahaya penyakit barah payudara dan hal ini dapat dibuktikan dengan kes-kes di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri, di mana pesakit yang datang mendapatkan rawatan telah mengalami barah pada tahap tiga dan empat berbanding di negara luar yang mana pesakit mendapat rawatan seawal tahap pertama dan kedua", ujar beliau dalam simposium yang diadakan di Kampus Kesihatan USM, hari ini.

KESANAWALBARAHPAYUDARAUBAHPERSEPSIDIRI2

Fatmawati yang juga Pensyarah dan Penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) menjelaskan, INFORMM mengambil inisiatif berkolaborasi dengan Unit Kesedaran dan Penyelidikan Barah Payudara (BestARI) dalam menyebarluas maklumat serta mengubah stigma masyarakat yang takut untuk melakukan pengesanan awal penyakit kerana BestARI bergerak aktif dalam kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat.

"Kebanyakan wanita mengambil sikap berdiam diri apabila mendapati terdapat perubahan yang berlaku ke atas diri mereka kerana bimbang pandangan orang sekeliling terhadap penghidap penyakit yang boleh membawa maut seperti mereka dan mula merasa rendah diri.

"Sikap begini perlu dibuang dan saya menyeru kepada semua khususnya golongan wanita untuk terus mendapatkan rawatan di hospital apabila menyedari atau mengalami sebarang perubahan pada tubuh badan kerana pengesanan pada peringkat awal, kebarangkalian untuk pulih adalah tinggi", ujarnya lagi.

KESANAWALBARAHPAYUDARAUBAHPERSEPSIDIRI1

Fatmawati turut menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada menjalani rawatan alternatif secara berterusan kerana ianya tidak menjamin kesembuhan.

'Breast Cancer Research Symposium 2020' yang dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan,  Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim disertai oleh 100 peserta dari pelbagai organisasi iaitu Institut Kanser Negara, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan USM sendiri.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 05 Ogos 2020.
Jumlah Pengunjung
1475114