TANGANI ANAK LAMBAT MEMBACA

KOTA BHARU, KELANTAN, 20 Februari 2020 - Ibu bapa selalu mendambakan anak-anak yang hebat dari segi akhlak serta cemerlang dalam bidang akademik, namun ada di antara mereka mengalami masalah dalam pelajaran disebabkan kesukaran atau kelewatan dalam kemahiran membaca.

siti

Menurut Pegawai Pemulihan, Program Patologi Pertuturan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Shaikhah Aziz, peringkat umur anak yang lambat membaca adalah dalam lingkungan tujuh tahun dan di sekolah mereka akan disaring pada umur sembilan tahun.

"Jika kita hantar anak ke tadika sejak umur lima tahun tetapi apabila mereka masuk darjah dua masih belum menguasai kemahiran mengenal huruf dan membaca, ibu bapa perlu mendapatkan khidmat pakar perubatan atau terapis untuk pengurusan lanjut," katanya ketika ditemubual di konti Radio Kelantan FM.

Tambah beliau, terdapat beberapa masalah atau penyakit seperti kerencatan akal, disleksia, 'dyscalculia', 'dysgraphia', terlampau aktif dan austism turut menggangu tahap penguasaan membaca di kalangan anak-anak.

Jelas Siti Shaikhah, beberapa cara boleh dilakukan untuk melatih anak supaya cepat membaca iaitu dengan meluangkan masa satu jam dalam sehari secara berterusan bagi melatih anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat mereka untuk membaca.

"Aktiviti yang boleh dijalankan adalah latihan fizikal seperti lompat bintang, aktiviti 'crossing midline', 'bounce' bola dengan bergilir tangan dan masukkan bola dalam bakul selama 10 minit, menyanyi lagu ABC seperti bermain tepuk amai-amai selama 15 minit, mengenal konsep asas seperti warna, kiri kanan dan bentuk selama 15 minit dan seterusnya kemahiran untuk menulis huruf secara turutan.

"Aktiviti ini mampu mengaktifkan sel-sel otak untuk meningkatkan daya fokus, meningkatkan kemahiran hubungan mata dan daya tumpuan mereka," katanya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kemahiran membaca di kalangan anak-anak seiring dengan pertambahan usia mereka agar tidak ketinggalan atau tercicir dalam pembelajaran di sekolah.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 05 Ogos 2020.
Jumlah Pengunjung
1475170